Tuesday 7 January 2014

PANASS !! MUKHRIZ BELI KERETA BARU LAGI ??



Lepas Guan Eng beli kereta Merc baru, kini timbul pulak cerita MB Kedah Dato Paduka Mukhriz Mahathir beli kereta baru untuk kegunaan rasmi beliau.. Semalam aku dah tulis pasal isu kereta ni kat SINI ,

Kali ni aku nak tulis jawapan MB sendiri pasal isu yang pembangkang fitnah beliau. Kerajaan Kedah menafikan laporan sebuah blog pro-pakatan pembangkang yang mendakwa kerajaan negeri membeli sebuah kereta baru sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar.



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata Mercedes Benz S300 yang digunakan beliau di Kuala Lumpur dibelinya dengan wang sendiri dua tahun lepas bagi mengurangkan kos kerajaan negeri.

"Tulisan dan lambang Menteri Besar Kedah pada nombor pendaftaran kenderaan itu bertujuan memudahkan saya memasuki pekarangan Istana Negara atau lain-lain urusan rasmi," katanya kepada pemberita ketika menghadiri perhimpunan bulanan staf Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

Mukhriz berkata kerajaan negeri tidak membeli kenderaan baru untuk kegunaan beliau atau anggota Exco selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau berkata Mercedes Benz S350 menggunakan nombor KCX 8 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi dibeli ketika Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar manakala Mercedes Benz S320 dengan nombor pendaftaran KBV 8 dibeli bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 2006.

Beliau meminta individu yang menyebarkan fitnah ini agar menghentikan segera spekulasi kerana ia tidak benar sama sekali.

Maksudnya disini adalah Mukhriz guna kenderaan peribadi beliau untuk kegunaan rasmi selaku MB di Kuala Lumpur. No plat KBV 8 dari kereta lama yang dibeli ketika zaman Datuk Seri Diraja Mahadzir Khaled di pindahkan ke kereta beliau bagi memudahkan urusan rasmi kerajaan.

Tak ada kereta baru yang dibeli oleh kerajaan untuk MB dan barisan Exco kerana kereta rasmi MB dan Exco baru sahaja dibeli ketika Pas mentadbir Kedah penggal lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive