Wednesday 8 January 2014

SYARIKAT KONSULTAN DIBAYAR BERJUTA JUTA UNTUK JAGA TWITTER PEMANDU KENA BUANG SERTA MERTA



Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri menamatkan kontrak syarikat perhubungan awam Edelman dengan pihak itu berkuat-kuasa dalam tempoh sebulan bermula semalam berikutan kesilapan memuat naik Tweet yang menyebut Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Bekas Perdana Menteri.

Sumber memberitahu Mynewshub, surat mengenai penamatan kontrak berkenaan dikeluarkan PEMANDU berikutan terlalu banyak aduan diterima dari pelbagai pihak yang tidak dapat menerima cara kerja bodoh yang dipertontonkan oleh Edelman.

Edelman adalah syarikat yang mengaku diri mereka sebagai firma perhubungan awam (PR) terbesar di dunia.


Semalam, portal ini menyiarkan berita Twitter rasmi PEMANDU untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan nama @etp_roadmap telah tersalah tweet berhubung kedudukan Najib.

Kesilapan berkenaan dengan pantas mendapat kecaman pengguna twitter lain apabila perbuatan itu dilihat sebagai satu tidak kepekaan yang terlalu besar.

Pengendali akaun itu dilihat agak lambat memadam tweet kesilapan itu dan selepas ia dipadamkan tidak pula ada tweet permohonan maaf berkenaan kesilapan itu dalam jangka masa agak lama.

Selepas beberapa ketika, barulah pengendali akaun Twitter itu membuat tweet membuat permohonan maaf di atas kesilapan yang berlaku.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub media-media sosial tempatan memperlihatkan penyokong kerajaan bukan sekadar menyelar Edelman, tetapi mahukan PEMANDU lebih bertanggungjawab atas kesalahan yang berlaku.

Antaranya, mereka menuntut agar Pengarah Komunikasi PEMANDU, Saffura Chinniah juga dipecat oleh Jabatan Perdana Menteri atas kesilapan melantik juru runding yang lemah untuk mengendalikan aspek-aspek penting kerajaan.-Mynewshub.my

MTK
Najib sepatutnya bubar terus Pemandu yang banyak menghabiskan duit rakyat tanpa membawa sebarang faedah untuk Najib dan Rakyat..

Bukan sekali dua PEMANDU buat silap, dah banyak kali Najib kena kencing dengan PEMANDU tapi masih percaya..

1 comment:

Anonymous said...

bodoh tahap gaban dengan membiarkan PEMANDU memandu negara ini ke arah kehancuran. Memang menempah kegagalan, hanya melalui sabtotaj dalaman UMNO akan berjaya dikalahkan pihak lawan. Melalui PEMANDU Najib dan kabinet buat keputusan bodoh sehingga sokongan melayu pula akan hilang di masa PRU14 akan datang. Undi Cina atau bukn melayu? JANGAN HARAP la mereka hanya nak hak sama rata .. kerana buta sejarah selain dihasut dengan kemas dan sistematik oleh zionis. Musuh UMNO semakin banyak dari dalam PR - syiah, liberalisma, pluralisma, kritianisasi, komunis dan berbagai2 lagi. dapatkan orang2 melayu ISLAM bertahan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive