Saturday 11 January 2014

KPN @KBAB51 SETUJU ISA DIKEMBALIKAN



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan semula bagi memudahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keselamatan negara.

Beliau menyokong jika kerajaan ada cadangan untuk mengembalikan undang-undang itu yang dilihat sesuai digunakan pada keadaan tertentu.

“Saya penguat kuasa undang-undang dan apa sahaja undang-undang yang diluluskan di Parlimen untuk buat negara selamat, saya akan sokong dan PDRM akan kuatkuasakan bagi memastikan negara kita aman dan damai,” katanya dalam wawancara khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.



Ditanya sama ada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang diperuntukkan kepada PDRM tidak memadai, Khalid berkata, adalah lebih baik jika ISA diwujudkan kerana fungsi ISA dan Sosma berbeza serta diguna pakai mengiku keadaan tertentu.

"Undang-undang yang ada sekarang, kita akan kuatkuasakan Sosma. Saya harap PCA (Akta Pencegahan Jenayah) dapat diwartakan dengan segera supaya kita dapat kuatkuasakan undang-undang itu,” katanya.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menyentuh tentang penguatkuasaan semula ISA bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang jejaskan kestabilan negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive