Monday, 13 January 2014

PENEGERUSI DAP KEDAH DEDAH SIKAP SEBENAR CEC DAP



Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bertindak secara kuku besi, tanpa beri ruang pembelaan dan menghukum seluruh DAP Kedah tanpa penyiasatan rapi, kata Pengerusi parti peringkat negeri, Lee Guan Aik.

“Saya tidak diberi sebarang notis atau surat tunjuk sebab sebelum ini atas alasan apa sebenarnya (saya dipecat) atau betapa seriusnya kesalahan yang telah saya lakukan sehingga memerlukan pembubaran seluruh AJK DAP negeri Kedah dan termasuk saya pun disingkirkan.




Ini seperti menghukum seseorang tanpa diberi peluang membela diri, kalau saya buat salah sekalipun…saya tak ada dipanggil supaya diberi tindakan oleh pihak disiplin parti.

“Saya sangat yakin, pihak CEC, tak ada asas untuk mendakwa saya. Mereka sebenarnya yang memberi masalah kepada DAP negeri Kedah sekarang ini yang menyebabkan masalah ini berlarutan hampir lapan bulan,”katanya.

Guan Aik berkata beliau telah menghantar surat kepada CEC bertanyakan apakah sebab beliau perlu digantikan dan barisan kepimpinan negeri yang sedia ada perlu dibubarkan, namun CEC tidak memberi jawapan tersebut.

“Sebaliknya (CEC) terus menghukum, macam kena gantung terus. Apa jenis prosedur undang-undang itu yang saya nak tanya.

“Saya sangat terkejut kerana menghukum tanpa bicara. lebih lagi Pengerusi dan seluruh AJK Negeri sekarang yang dipilih, yang sah. Dipilih bukan dilantik, maka saya rasa pihak kepimpinan tertinggi DAP tidak menghormati perlembagaan (parti).”

Menurutnya lagi, CEC telah menunjukkan signal tidak menyukai kepimpinannya bermula sejak Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

“Sebelum PRU 13, saya tidak diberi bertanding di DUN saya yang dulu tu ( Kota Darul Aman), itu macam ditetak parang kali pertama.

“Apabila dia datang dengan pengerusi sekali dia nak buang, bermakna saya kena tetak kali kedua.

“Sekarang, saya duduk fikir balik, dalam sepuluh tahun, semasa saya menceburi dalam DAP, saya dibuat untuk percaya DAP adalah satu parti yang telus, adil, mengamalkan kesamarataan, demokrasi..tapi tengok apa dah jadi sekarang ?

“Saya telah perhatikan semua ini berlaku secara terburu-buru sejak kebelakangan ini dengan cara berat sebelah dan bermotif dan Lim Guan Eng membiarkan segelintir CEC memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan kepimpinan saya yang menyebabkan pembubaran dilakukan secara sangat tidak adil.”-AIDC

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive