Friday 17 January 2014

INDUSTRI PELACURAN WARGA ASING BERNILAI 3 BILION? SIAPA DALANG??



MENURUT Havocscope, badan pemantau pasaran gelap atas talian dunia, pasaran gelap Malaysia dianggarkan bernilai RM9.74 bilion (US$2.99 bilion).

Laman sesawang tersebut, yang bersumberkan dokumen terbuka yang dipercayai seperti dokumen kerajaan, laporan media dan jurnal akademik, meletakkan Malaysia di kedudukan ke-40 daripada 93 negara yang dipantau, berdasarkan anggaran ancaman keselamatan akibat pasaran gelap.

Pasaran gelap dunia dianggarkan bernilai RM5.8 trilion. Angka tersebut berdasarkan data yang dikumpul selama beberapa tahun bagi memberikan gambaran terhadap industri pasaran gelap.



Di Malaysia, pasaran gelap dikuasai kegiatan pelacuran yang dianggarkan membawa pulangan RM3.2 bilion. Angka tersebut berdasarkan jumlah yang mampu dibawa pulang pelacur-pelacur warga asing yang berdagang tubuh mereka.

Malaysia diletakkan di tangga ke-17 daripada 26 negara yang mengaut pulangan besar dari sindeket tersebut.

Negara ini berada di atas Belanda (di mana pelacuran bermula) dan negara-negara lain termasuk Russia dan Jamaica.

Anehnya, Malaysia tidak tersenarai di antara 29 negara dengan bilangan pedagang tubuh tertinggi. Ini bermakna, Malaysia menjadi lubuk bagi pelacur-pelacurwarga asing membuat keuntungan.

Di kedudukan kedua di dalam senarai pasaran gelap ialah sindiket wang palsu dengan pulangan bernilai RM2.51 bilion. Sindiket cetak rompak pula di kedudukan ketiga dengan menghasilkan RM2.14 bilion.

Mungkin rakyat tempatan tidak terkejut dengan senarai tersebut kerana penjual barangan cetak rompak berada di mana-mana.

Perikanan serta pembalakan haram pula berada di kedudukan seterusnya dengan masing-masing mengaut RM1.08 bilion dan RM915 juta. Arak serta rokok seludup pula menghasilkan jumlah terkumpul sebanyak RM1.52 bilion.

Laman sesawang tersebut bertujuan memberi data yang jelas dan bermanfaat berhubung kegiatan pasaran gelap.

Ia menyatakan bahawa berbilion ringgit disalurkan bagi membasmi kegiatan tersebut, namun fakta berkenaan aktiviti pasaran gelap tidak mencerminkan keadaan sebenar. Malah fakta tersebut digunakan bagi mempromosi sesuatu agenda tertentu.

Sumber-sumber bagi angka yang didedahkan dijelaskan di dalam laman sesawang itu bagi pengguna-pengguna memperoleh maklumat mengenainya serta meyelidik kredibilitinya.

Havocscope mengamalkan dasar berkecuali di dalam isu pasaran gelap. Ia tidak memberi apa-apa cadangan bagi mengubah kegiatan tersebut.
Statistik yang disenaraikannya kerap digunakan di dalam jurnal-jurnal serta laporan media di serata dunia.

Statistik tersebut tentu tidak membantu Malaysia di dalam usahanya mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Penyeludup serta penjenayah juga amat berhati-hati supaya kegiatan mereka tidak dapat dihidu pihak berkuasa.

Kadang-kala, pihak berkuasa sedar tentang kegiatan yang dijalankan tetapi mengambil sikap ‘tutup sebelah mata’ dan membiarkan penjenayah serta penyeludup ini menjalankan ‘perniagaan’ mereka.

Apa-apapun, di dalam era informasi ini, pihak berkuasa wajar mempertingkatkan usaha mereka bagi membasmi kegiatan pasaran gelap negara dengan berpandukan segala jenis maklumat.

Kegagalan melakukannya bermakna Malaysia bakal kehilangan pelabur serta pelancong-pelancong asing yang membawa bersama mereka berbilion ringgit setahun. – The Ant Daily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive