Sunday 1 September 2013

TUDIAAA !!! KEDAH GUNA MATAHARI SEBAGAI SUMBER TENAGA !!!





Kerajaan Kedah merancang untuk menjadikan negeri ini sebagai pengguna tenaga solar berikutan Kedah kini menjadi pengeluar panel solar secara besar-besaran, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya sebagai permulaan kerajaan negeri akan memasang panel solar di bangunan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sedia ada.

Mukhriz berkata Kedah boleh dikatakan antara pengeluar panel solar terbesar di dunia dengan adanya dua syarikat pengeluar panel solar yang besar di Kulim Hi-Tech Park di sini, oleh itu tiada alasan untuk Kedah tidak menggunakan tenaga solar.



"Memandangkan Kedah kini menjadi pengeluar dan pengeksport panel solar dalam skala yang sangat besar, menjadi harapan saya agar Kedah turut menjadi pengguna panel solar. Kita tiada alasan. Panel ini dikeluarkan di Kedah.

"Jelas bahawa Kedah juga perlu menggunakan produk ini. Mungkin secara kebetulan, Kedah sebuah daripada negeri terbaik di Malaysia dari segi (cahaya) matahari. Kami sudahpun merancang untuk memanfaatkan panel solar di dalam bangunan kerajaan," katanya kepada pemberita ketika melawat ke Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd di Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini.

Mukhriz berkata kerajaan negeri turut meneliti cadangan untuk memasang lampu LED di dalam bangunan kerajaan negeri.

"Saya harap gabungan panel solar dan LED akan membantu mengurangkan penggunaan tenaga kita. Biasanya ia memerlukan satu pihak memulakan dulu kemudian yang lain ikut. Ini perkara baik. Saya harap ia akan menjadi contoh kepada pihak lain termasuk swasta," katanya.

Mukhriz berkata ada juga cadangan supaya panel solar itu dipasang di rumah kampung bagi membekalkan elektrik di kawasan kampung.

"(Selain untuk kegunaan) selebihnya boleh dimasukkan ke grid TNB (Tenaga Nasional Berhad). Selain kurangkan perbelanjaan untuk tenaga, mungkin ada sumber pendapatan bagi tuan rumah daripada penjanaan guna tenaga solar yang dimasukkan ke grid TNB," katanya. - Bernama

3 comments:

kakotalks said...

apa kata selesaikan dulu kalau tak 100% pun 80% isu penyelengaraan jln2 raya yg dibawah tggjwb kerajaan negeri trlebih dahulu. perkara yg asas didahulukan dalm senarai yg diutamakan. lepas tu tingkatkan sistem paip ayaq, jaringan internet, baru fokus kpd yg pembangunan hi tech. kalau yg asas pun tak dapat ditingkatkan mcmana nk melangkah lebih jauh dgn cekap.

Anonymous said...

Yang asas spt jalan raya dll memang sudah ada cuma perlu dipertingkatkan.Kalau yang hi-tech tidak dimulakan sampai bila pun macam tu juga.

Anonymous said...

yang sedia ada di tweruskan...yang baru diteruskan juga...bukan buat satu-satu...kalo dibuat satu -satu...sampai kucing bertanduk satu apa pon tak jadi...Syabas mukriz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive