Monday, 2 September 2013

HARGA MINYAK NAIK BUKAN KHABAR ANGIN !! MEMANG NAIK 2 KUPANG !!!



Nampaknya memang bukan khabar angin mahupun fitnah dari pihak pembangkang..Ternyata berita kenaikkan harga minyak sebanyak 2kupang ini berita benar benar belaka apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Kenaikkan harga minyak dikatakan berpunca daripada susut nilai matawang Malaysia berbanding US..Jadi untuk menyelamatkan dan mengimbangkan ekonomi negara, maka kerajaan perlu mengurangkan subsidi minyak...


Terima kasih kerana faham aspirasi rakyat.Bukan mudah untuk dapat kembali sokongan orang Melayu yang beri 63% undi kepada Umno..Ingatlah kerajaan BN, kita menang atas tiket orang Melayu datang dari golongan berpendapatan rendah.bukan dari golongan hidup mewah..

9 comments:

Anonymous said...

ala 20 sen je

Anonymous said...

Setuju! Beli Hp mahal boleh. Bantu kerajaan sikit pun nak bising!

Anonymous said...

Nanti ada Pak Menteri kata kalau minyak mahal guna basikal.Macam kes harga ayam naik,kalau ayam mahal makan ikan.Senangnya jadi menteri.

Anonymous said...

Kalau minyak naik 20 sen
Kesemua barang2 akan naik harga.
Itu belum masuk GST tak lama lagi.
Setuju ke?

Anonymous said...

Bila minyak dinaikkan... katanya sebab ikut pasaran global...

Kalau ikut pasaran global, kenapa harga kereta tak ikut, gaji pon tak ikut....?

Kita naikkan minyak...kita naikkan BR1M. BR1M ada program yang diubahsuai dari "food coupon" di Amerika dan Eropah. Program ini sekarang ni jadi LIABILITY yang amat besar kepada kerajaan masing-masing sebab setiap masa bertambah...sama seperti BR1M. So, buat apa nak pi canangkan program yang FAIL tu... macam le Rakyat ni bodoh.

Pemimpin kita ni umpama lembu yang dicucuk hidung... pengembalanya adalah PEMANDU... dan satu lagi dengarnya BN (Bini Najib!!)

banggoi petai said...
This comment has been removed by the author.
Orang Malaysia Je said...

kita bukannya negara yang tiada sumber minyak sendiri... malah petronas pun gi korek kat negara orang lain... Petronas tiap2 tahun lapor untung berbillion ringgit... apa asasnya nak naik lagi 20sen seliter... tak boleh ke bagi sikit minyak yang korek kat malaysia ni ke rakyat malaysia, jgnla asyik nak kejar untung aja. memangla 20sen je tp jgn ingat pengilang2 barang2 makan pakai korang tu nak serap 20 sen tu.. cuba fikir barang kuar dari kilang, pelabuhan dan airport sumenya pakai lori.. lori pula guna apa nak jalan (tak yah jawab korang sume bijak pandai).. ala sikit je 20sen nak tolong kerajaan jgn risau banyak lagi yang akan datang mcm GST.. hai cakap banyak pun da tak guna sekarang redha ajala selama 4 tahun ni... semua org da buat pilihan masing2 kan... berdoa la pada Tuhan semoga kita dan anak2 kita boleh hidup kat Malaysia ini...

Anonymous said...

Minyak naik automatik semua barang naik melambung sbb kos transport....
BN menang pru sbb undi dr Umno,Umno = Melayu. Melayu ramai dtg dari kelas pertengahan berpendapatan rendah...so kesannya yg terasa kita sendiri org Melayu kt bawah ni!

Anonymous said...

Kepala hotak kau...naik 20sen kau kata tak apa...tak banyak...nak bantu kerajaan konon...kau tau tak?...kalau dah naik 20sen tu sampai bila2 kau kena bayar harga besar tapi minyak sikit...kau tunggulah nanti harga barang2 semua akan naik...kau nak makan/minum kat kedai pun kena bayar lebih nanti...Malaysia ni nama aje ada minyak tapi jual kat negara oran...nak untung lebih...rakyat Malaysia terkulat-kulat nak bayar minyak negara sendiri...yang mana pak2 menteri tu minyak semua percuma kerajaan bagi...padahal yang kasi menang dulu, ni lah orang2 susah macam kita ni yang tak cukup belanja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive