Wednesday 4 September 2013

LARANG PENIAGA NAIK HARGA !!! NASIHAT, AMARAN, NASIHAT, AMARAN !! MANA TINDAKAN?




Hanya AMARAN sahaja diberikan oleh Menteri KPDNKK kepada peniaga peniaga supaya tidak menaikkan harga kawalan sesuka hati ekoran kenaikkan harga minyak Ron95 dan diesel berkuat kuasa semalam..

Sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal penguna, kementerian beliau sepatutnya bekerjasama dengan semua PBT supaya dapat mengambil tindakkan tegas terhadap peniaga yang ingkar seperti menarik balik lesen perniagaan dan apa saja tindakkan yang boleh membuatkan peniaga peniaga ini tidak berani untuk menaikkan barang sesuka hati..

Bukannya hanya sekadar Amaran untuk menakut nakutkan peniaga peniaga berkenaan..Rakyat mahu kementerian lakukan langkah drastik menangani kenaikkan harga barang..




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON 95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter mulai hari ini.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak.

Beliau berkata kementerian amat tegas dalam menangani masalah itu dan bertindak berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Saya akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga yang ingkar, tetapi kalau tidak ikut, saya akan beri amaran dan mengambil tindakan kalau masih berdegil," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini hari ini.

Hasan juga berkata kenaikan harga barangan tidak sepatutnya berlaku kerana dari segi bekalan, semuanya mencukupi. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

pukimak Umno rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
Pukimak Umno beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
Pukimak Umno kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
Pukimak Umno berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai pemimpin Pukimak Umno yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah Pukimak Umno merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Anonymous said...

Anoy atas
Bersyukur la dpt hidup kt m'sia ni
Lg pon ni dunia, bkn berkekalan n blh bwk msk kubur pon..
Bnyk2 la bsabar n doa kn yg terbaek utk pemimpin Islam kita, jgn tau nk kutuk caci maki je

Anonymous said...

Kemain panjang ko maki..panas hati yer...jiwa kacau..bykkan beristifar dr maki kelak mkn diri sendiri...tu dh terkena kat diri sendiri...harap yg kuat maki nie baca la apa yg aku tulis...mental block...kerja keraslah utk anak bini jgn sibuk maki2 at last apa pun ko tk dpt..tk cukup..tk insaf..semua tk kat ko la bro!!

Anonymous said...

Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive