Tuesday 3 September 2013

ISU KUIN !!! MAHFUZ SENGAJA NAK BAGI MALU ADUN ADUN PAS !!!





Kesian aku tengok Mahfuz bin haji bingai nie, masih nak bela ceo ceo Insaniah Holding yang bergaji mencecah 50 ribu sebulan menyerang kerajaan BN Kedah..Walaupun Adun Pas Kedah mengakui Isu Insaniah Holding dan pentadbiran mereka di KUIN menyebabkan Pas TERSUNGKUR di Kedah..

Sehingga Phahrolrazi minta kerajaan BN mendedahkan segala kepincangan, penyelewengan dan masalah dalaman KUIN dalam satu kertas putih agar isu KUIN ini ditamatkan serta merta..Sebenarnya Pas tak mahu isu ini terus dipolitikkan sebab tu Pas minta tamatkan serta merta tanpa membangkitkan kisah kisah silam mereka..



Tapi yang menjadi masalahnya bila si BODOH bernama MAHFUZ yang bukan ADUN masih nak politikkan isu KUIN..Mahfuz takdak pun dalam dewan DUN bila isu ini dibahaskan..Yang nak kena tanggung malunya semua ADUN PAS sebab isu KUIN terus kelepek kat muka depa..

Contoh macam isu gaji kakitangan syarikat Insaniah Holding Sdn Bhd, Mahfuz tau tak apa itu syarikat Sdn Bhd ?? Kalau dah nama syarikat Sdn Bhd apa kena mengena kerajaan negeri nak kena bayar gaji kakitangan syarikat tu ? Tak ka gila namanya ?? Untuk makluman semua, kerajaan Pas dulu dah bagi modal sampai RM32 juta kepada syarikat Insaniah Holding Sdn Bhd untuk operasi tapi kemana duit tu?? Asas penubuhan syarikat Insaniah Holding adalah untuk mencari pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada KUIN.. Tapi bila dah operasi, semua peruntukkan untuk KUIN digunakan untuk Insaniah Holding..

Lepas tu pembayaran gaji yang cukup tinggi kepada CEO IHSB sehingga RM35,000 sebulan belum termasuk elaun elaun lain.. Lepas tu pulak IHSB tubuh lagi anak-anak syarikat kecil yang setiap satunya mempunyai CEO CEO bergaji hampir sama dengan CEO ISHB..Padahal anak anak syarikat tu memang tak perlu pun sebab semua kerja kerja boleh dilakukan sendiri oleh KUIN.

KUIN boleh uruskan semua kuliahnya dengan sendiri tetapi Jamil Rektor bagi dekat anak-anak syarikat tersebut ambil alih operasi pengurusan kuliah sehingga kos meningkat berkali kali ganda.. Contohnya Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan. Maknya anak anak syarikat IHSB buat duit atas KUIN, bukan depa nak salur duit untuk KUIN tetapi sapu lagi duit KUIN yang diperuntukkan oleh kerajaan.. Padahal KUIN boleh buat sendiri semua tu dengan kos yang lebih rendah..

Sampaikan kerja kerja pembersihan dan penyelenggaraan pun diserahkan kepada IHSB tapi kos kerja kerja tu dibayar oleh KUIN..Tak gila namanya ?? Pasal pelantikan kakitangan pula memang langsung tak ikut prosedur dan kelayakan, sampaikan ada pensyarah dilantik tanpa temuduga dan ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian..

Kedua Mahfuz persoalkan perpindahan dan penempatan pelajar dari Kampus Kuala Ketil balik ke Kampus Alor Star.. Kalau nak tau kos penempatan dan pemindahan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sekarang masih kecil jika nak dibandingkan dengan Pas dulu, sebab Pas dulu membelanjakan RM12.5 juta hanya untuk memindah 1500 pelajar KUIN ke Kuala Ketil.

RM 12.5 juta jumlah kos yang dikeluarkan oleh kerajaan Pas dulu..Jarak antara Alor Star ke Kuala Ketil hanya 70 kilometer dan kalau RM 12.5 juta tu dibahagikan kepada 1500 pelajar KUIN. Bermakna kos untuk memindahkan seorang pelajar KUIN dari Alor Star Ke Kampus Kuala Ketil berjumlah RM8000 seorang! Tak gila babi namanya ??? Pindah naik Lambo ke Ferrari ??

RM 8000 tu dah boleh beli tiket belajar di London tau!!Kalau Mahfuz terus nak menghentam kerajaan Kedah tentang masalah KUIN, kami bloggers Kedah tak ada masalah untuk langgar arahan Kerajaan Kedah yang tidak mahu mendedahkan masalah KUIN.. Lagi Mahfuz buka mulut pasal KUIN mahupun ISHB, lagi banyak benda boleh didedahkan..

PAS Kedah meminta kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir supaya tidak mengalihkan isu pokok berkaitan kemelut Kolej Unversiti Insaniah (Kuin) sepertimana penjelasan yang dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, dua isu utama yang telah dibangkitkan selam ini ialah berkaitan masalah gaji dan status kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) dan masalah perpindahan semula pelajar ke kampus lama Mergong.

"Walaupun Mukhriz dan Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberikan jawapan pada seis penggulungan, bagi Pakatan Rakyat, kami tiada masalah dengan segala pendedahan itu.

“Kalau kerajaan dapati ada apa-apa masalah salahgunakuasa atau penyelewengan dalam pengurusan Kuin mahupun apa jua bidang pentadbiran semasa Pakatan Rakyat memerintah Kedah, kerajaan diminta untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.Kita akan turut memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini.

Persoalannya sekarang, kata beliau ialah berkitan IHSB iaiatu berkaitan kakitangan yang telah diambil bekerja.

“Mereka yang diambil bekerja pada masa itu diambil secara sah, kontrak kerja mereka adalah sah. Jadi tidak ada hak untuk kerajaan dan pengurusan Kuin untuk menahan gaji mereka.

“Tapi kalau ada perincian tentang siapa sahaja yang berlaku salah sama ada dari pihak pengurusan atau orang politik, silakan untuk diambil tindakan.

“Jadi dalam isu ini kita minta penjelasan daripada Mukhriz," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata jawapan pada sidang Dun oleh Menteri Besar dan Exco berkenaan menampakkan kelemahan dan kebodohan mereka sendiri untuk cuba mengalihkan isu besar yang melanda Kuin dan IHSB.

1 comment:

Anonymous said...

Laaaa mahfuz lg
admin oiiii pas nk tutup salah dia. Tu aku kata dulu... Exco pnrangan neg kena aktif counter balik. Penerangan Umno pun kena la cari jln nk terang kt org kg. Mahfuz bleh pemuhong org kg yg p kelaut, motong getah@di bendang . Mana biro pnrangan umno ka hangpa dok lena lg. Print isu kuin byk2 pelekat d pekan nat/pasaq mlm@boh dlm raga motor. Seribu org baca dh cukup drpd buat mjlis ceramah. Kreatif la sikit. Dh pas kaki pemuhong yg umno plak dok diam sj jd org kata betui pas. Jadi2 la lena biro penerangan umno oiii . Org kg x bc blog depa bc yg dok ada dlm raga motor @ pelekat d pokok nyok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive