Sunday 5 May 2013

#PRU13 #GE13 : RAKYAT MALAYSIA DISANGKA PENGUNDI HANTU



Rawang, 5 Mei - Seorang lelaki tempatan dihalang untuk mengundi di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang oleh sekumpulan individu kerana menyangka dia adalah pengundi hantu hanya kerana memiliki nama dan mempunyai paras rupa yang mirip seperti warganegara asing, pagi tadi.

Mangsa, Tajudeen N.Anver Bacha, 50 yang berasal dari Perak berkata, beliau yang tiba di perkarangan dewan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ditahan dan dimarahi oleh kumpulan terbabit sebelum ditendang oleh seorang daripada mereka tanpa sempat menjelaskan salah faham berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh Tajudeen di Balai Polis Rawang kerana merasakan hak beliau sebagai rakyat Malaysia dihalang.

Di lokasi berhampiran, seorang lelaki kelahiran Selangor turut menerima nasib yang sama apabila dia dihalang untuk mengundi oleh beberapa individu di SRJK(C) San Yuk Bt 17, Rawang, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Niaz Ahmad Mohamad Zubir, 35 yang disangka pengundi hantu itu walau bagaimanapun berjaya meloloskan diri dari kumpulan berkenaan dan sempat membuang undi sebelum diherdik dan ditendang oleh kumpulan yang sama sejurus selesai menjalankan tanggungjawab beliau.

Dia yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Rawang.

FOTO: Tajudeen N.Anver Bacha ditemuramah oleh pihak media berhubung insiden yang berlaku kepada beliau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive