Friday 10 May 2013

PANASS !!! KETUA POLIS NEGARA MANGSA FITNAH TERBARU PAKATAN !!



BERITA PANAS!! KETUA POLIS NEGARA NAK LETAK JAWATAN..sumber dari Bukit Aman baru tadi pastikan KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR memberikan surat letak jawatan selepas desakan teruk dari pihak BN/UMNO yang mendesak beliau untuk tahan 28 penceramah kebangkitan rakyat #blackout. Beliau rasa bersalah selepas beliau sendiri tidak puas hati dengan cara cara penipuan SPR bersama BN/UMNO. Insiden ini sedang menjadikan Bukit Aman huru hara..kita tunggu berita selanjutnya..


INI adalah khabar angin yang tersebar dengan cukup meluas ketika ini.



Untuk makluman, Tan Sri Ismail Omar memang akan mengakhiri tugasannya sebagai Ketua Polis Negara.

Bahkan laman web rasmi PDRM sendiri telah mengumumkan perbarisan perpisahan beliau pada Khamis ini (16 Mei) yang akan diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Malangnya, persaraan beliau telah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab kononnya beliau menerima desakan teruk untuk berbuat demikian.

Hakikatnya ialah Ismail akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei ini.

Ini disahkan sendiri oleh Penolong Ketua Urusetian KPN, ACP Ramli Yoosuf.

Bahkan Ramli juga menegaskan yang keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.

Ini adalah satu perbuatan fitnah yang cukup jelik sedangkan Ismail telah menunjukkan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada PDRM dan negara sejak menyertai pasukan itu.

Semua pihak boleh nilai dan tengok sendiri bagaimana dalam usia yang agak lanjut itu, beliau masih lagi berada di barisan hadapan sewaktu pencerobohan Lahad Datu tempoh hari.

Justeru tidak ada sebab untuk BN, UMNO atau sesiapa saja untuk ‘memaksa’ beliau berundur.

BN dan UMNO juga tidak ada kuasa untuk berbuat demikian.

Untuk makluman, jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, Ismail telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September 2010.

Beliau merupakan KPN yang ke sembilan menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara pada 12 September tahun yang sama.

Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Sesungguhnya percubaan untuk memperlekehkan sumbangan beliau adalah perbuatan yang cukup biadap dan tidak bertanggungjawab.

Kalaupun tidak bersetuju dengan beberapa tindakan beliau, itu bukan bermakna kita perlu MENGHALALKAN tohmahan yang seberat ini.

Diingatkan, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Yang penting, sekurang-kurangnya beliau telah menunjukkan bukti kesetiaan dan pengorbanannya terhadap negaranya, kita sendiri bagaimana pula? – Mynewshub.my

3 comments:

Anonymous said...

Itulah DUNIA AKHIR.ZAMAN.....fitnah di mana mana.....mainan mulut manusia yg mendabik dada berilmu tinggi cerdik pandai...........

Hai manusia anak cucu cicit adam; sebelum kamu banyak bangsa telah dimusnahkan kerana engkar angkuh sombong bongkak .......jauh dari ajaran Allah........

Sekiranya kamu berAKAL itulah keturunan NABI ADAM........ Jika tidak itulah SPISIS DARWINNN


Anonymous said...

Itulah DUNIA AKHIR.ZAMAN.....fitnah di mana mana.....mainan mulut manusia yg mendabik dada berilmu tinggi cerdik pandai...........

Hai manusia anak cucu cicit adam; sebelum kamu banyak bangsa telah dimusnahkan kerana engkar angkuh sombong bongkak .......jauh dari ajaran Allah........

Sekiranya kamu berAKAL itulah keturunan NABI ADAM........ Jika tidak itulah SPISIS DARWINNN


Popov said...

Beliau telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Jangan kita membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Semua orang akan sampai masanya untuk bersara. Selamat bersara Tan Sri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive