Thursday 9 May 2013

PANASS !! AZMIN TEMPELAK ANWAR PULAK DAH !! DRAMA APA NI ??




Adakah Azmin sekarang ni mula sedar dirinya ditipu oleh Anwar?? atau pun Azmin dah nampak bahawa kuasa politik Dap makin besar dalam pakatan sehingga dia sanggup memulau himpunan orang gila nak jadi PM semalam??

Baca kenyataan Azmin dibawah




Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.”

Dalam mesej twitnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.

“ 

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya

“ Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya

Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini.

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamarudiin yang juga Ketua Wanita PKR.

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor.

Zuraida memberitahu antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.

AntaraPos

7 comments:

Anonymous said...

BARU HANGPA TAU SIAPA ANWAR!!! HANGPA BARU JADI PENGIKUT DIA, ORG YG LEBIH 30 TAHUN BERSAHABAT DENGAN DIA PUN LARI DARI DIA. DIA NI JENIS TOKAK KELILING, YG PENTING DIA SORANG PUAS.

Anonymous said...

Semuga Azmin kembali kepangkal jalan seperti rakan2 yang lain. Mak Tom mesti gembira jika anaknya ni meninggalkan Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

smg azmin dan zuraida sedar dr lamunan...kembalilah kpd politik waras dan hormat kpd undang2....marilah sama2 menjaga kepentingan agama Islam, bangsa dan negara....

org johor said...

AKU MASIH TAK PERCAYA DGN DIAORG NI...WAYANG POWER DIAORNG2 NI..KALAU TAK TAKKAN LA BERJUTA ORG BOLEH PERCAYA DGN CARA DIAORNG...JGN CEPAT PERCAYA SGT...TENGOK DULU...MUNGKIN STRATEGI POLITIK...

Anonymous said...

Azmin kalau hang xnak masuk BN/UMNO pun, hang duk dengan PAS pun ok la.. Jangan duk dengan Puak Pelampau tu.. Lagi elok duk ngn BN/UMNO.. Rilek je..

Borneo Bullet said...

kalau di Sabah,, Ketua Cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah yang bermusuhan dengan bapok tua ni..

Borneo Bullet

Anonymous said...

geli hati ah tengok dorang ni semua. pusing belit sani sini. kejap baik sokokng ni, kejap tempelak. apa takda pendirian tetapkah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive