Aku tertarik dengan 'pendapat peribadi' Awang Selamat dalam rencana Mingguan Malaysia semalam, sindiran pedas itu ditujukan khas buat Ceo Airasia X berkenaan Iklan Airasia di Utusan Malaysia.. Menurut Awang, Iklan Airasia sebenarnya tidak memberikan apa apa keuntungan kepada Utusan kerana nilai yang diberikan kepada syarikat tambang murah terkemuka itu "SANGAT KECIL" berbanding iklan jamu dan rawatan rambut..
Anda semua boleh nilai sendiri macamana Utusan Malaysia selama ini membantu mempromosikan "Produk penerbangan keluaran tempatan" itu walaupun tanpa mendapat keuntungan dari Iklan berkenaan.. Akhirnya apa yang Utusan dapat sekarang ini cukup mengecewakan..Antara kata kata Ceo Airasia X (Saya rakyat Malaysia. Saya anti perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)," "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."
Tapi aku respek sikap Utusan Malaysia sebab tidak pernah menulis atau mengkritik Airasia dengan artikel negatif demi menjaga perniagaan mereka walaupun aku pasti ada saja email atau message masuk ke meja pengarang tentang servis Airasia terhadap pelanggan..
Adakah ini balasan yang Utusan dapat setelah sekian lama membantu mempromosikan Airasia dengan kadar iklan yang cukup murah dan tidak menguntungkan??
Awang Selamat menjawab segalanya di bawah
Iklan Air Asia
Nampaknya Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman -Rani enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya rasis.
Beliau bukan sahaja gagal membuat tafsiran yang betul daripada laporan yang disiarkan bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? pada terbitan 7 Mei lalu malah memperlihatkan sikap angkuh.
Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam reaksinya pada sidang akhbar, mempertahankan laporan tersebut. ??Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina.”
Jawapan Najib itu secara spontan mendapat tepukan daripada para wartawan yang hadir. Isunya, sampai hari ini, Air Asia yang menaungi Air Asia X apatah lagi Azran tidak ambil sikap tanggungjawab malah lepas tangan kononnya ia pandangan peribadi.
Awang hairan, Utusan tidak usik Air Asia, tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan. Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya. Menuduh Utusan rasis tanpa faham sepenuhnya laporan tersebut selain ugutan berkaitan iklan, adalah keterlaluan.
Dalam isu tersebut, Awang mengucapkan terima kasih kepada seluruh pembaca, badan-badan bukan kerajaan (NGO) , para pengendali blog dan banyak pihak lagi atas sokongan kepada Utusan.
Ramai yang marah kepada Azran dan Air Asia dan tidak perlu Awang ulang hujah-hujah mengenainya.
Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan Air Asia.
Cuma Awang ingin mencadangkan supaya Kumpulan Utusan tidak lagi menerima iklan Air Asia selagi tiada permohonan maaf . Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan.
Tanpa iklan Air Asia, Utusan tidak akan hadapi masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut.
Ingatlah Air Asia bukan satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia. Kepada yang berbudi, kita berbahasa terutama Penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya.
Semua orang tahu Air Asia banyak masalah dan isu. Aduan pengguna melambak-lambak. Opps, kalau ada bantahan terhadap Awang , harap-harap bos besar Utusan akan menjawab bahawa itu pandangan peribadi penulis – sebagaimana reaksi bos Air Asia – lepas tangan. (Petikan rencana Awang Selamat MINGGUAN MALAYSIA)
1 comment:
Komen bernas bermutu....itulah perbezaan org berilmu dan mengamalkannya...
Hanya berilmu tidak diamalkan seperti menanam pohon tidak menyiram.....
Laaaa baru ni tau bayar iklan murah..
Semoga Utusan membuka halaman utk mempromosi brg buatan Melayu dan kedai Melayu....tapi kalau berjaya jgn lupa diri kenang Utusan
Post a Comment