Monday, 20 May 2013

HOT !!! INI CARA TERBAIK UNTUK AJAR AIRASIA X !!! #SayNoToAirasia




Veteran UMNO mengarahkan kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah drastik itu sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Azran serta kegagalan AirAsia X memecat beliau walaupun pelbagai pihak mendesak tindakan tegas dikenakan.

Tegasnya, veteran UMNO tidak akan sesekali berkompromi dalam isu yang menyentuh mengenai kaum Melayu dan perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut.



Menurut Mustapha, selaras dengan langkah memboikot itu, ahli veteran UMNO boleh memilih menggunakan perkhidmatan Firefly dan Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.

"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini.

"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"

Di Twitter pula, Azran memberitahu menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia selain turut berkata: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."


UTUSAN ONLINE

7 comments:

Anonymous said...

Ada jugak sekor veteran UMNO jadi Pengerusi Air Asia-X, jadi camner tu?

Anonymous said...

Itu namanya JIWA BANGSA MELAYU SEJATI NENEK MOYANG MELAYU..

Kita bergerak dr semua arah..brg..service dan semuanya...lama lama ia akan menjadi besar

TERUSKAN KEBANGKITAN MELAYU
PERJUANGAN MELAYU

Anonymous said...

Yg sekoq dua ekoq tu ..... Kita kena cari tau nenek moyangnya...mungkin asal usulnya tak sama dgn nenek moyang kita...

Anonymous said...

kalau diberi pilihan rasanya dia memilih untuk menukar agamanya...

Anonymous said...

Tak payah bising2 sangat.... biar monthly report sale Air Asia tunjukkan bukti.......

Anonymous said...

dh lama Air Asia menindas penumpang.. tuggulah sikit masa lg company ni runtuh. Tune Hotel pn dh gulung.. Tune money pun xlaku.. skrg byk Tuhan tnjuk, LGBT join Air Asia sbg mascott? hahah

Anonymous said...

Yang satu ekor veteran umno tu jenis pendendam.tak nak terima hakikat yang wanita umno x nak kat dia lagi,tu yg buat dia meroyan.silap2 dia joint anuwar pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive