Friday, 19 April 2013

STOPA TAK BERANI NAK REPORT POLIS ??





Setakat artikel ini ditulis (18 April 2013), belum ada satu pun laporan polis dibuat oleh Mustafa Ali berhubung penyiaran video aksi lucah yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS itu.

Sebaliknya mengikut kenyataan pihak polis, hanya beberapa laporan mengenai pengedaran cakera padat video itu sahaja yang dilaporkan.

Sepatutnya, Mustafa perlu membuat satu laporan polis supaya satu siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan dan tindakan perundangan dapat diambil terhadap individu yang melakukan aksi lucah itu.



Itu sahaja langkah terbaik sesuai dengan saranan Pengerusi Lajnah Tatatertib PAS, Wan Mutalib Wan Embong yang mahukan melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk mencari kebenaran demi membersihkan semula namanya.

Gayanya seperti pemimpin veteran yang merupakan orang kanan kepada Presiden PAS itu lebih selesa mengambil sikap berdiam diri dan hanya bergantung harap pada penafian sambil lewanya sahaja.

Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ramai pemimpin dan penyokong PAS yang melihat langkah sedemikian buruk kesannya kepada imej PAS dan hanya menguntungkan BN.

Sekadar membuat penafian sambil lewa dengan menyalahkan UMNO, tidak pun terungkai kebenaran sementelah lagi umum tahu wanita yang terlibat dalam video seks itu sendiri adalah orang yang rapat hubungannya dengan Mustafa.

Malah alasan yang mengkambing hitamkan UMNO atas segala tingkah laku buruk pimpinan PAS, PKR atau pun DAP, sudah lali bagi penyokong PAS apatah lagi ia sudah tak diterima pakai oleh khalayak ramai.

Atau sebenarnya, Mustafa sengaja tidak membuat laporan polis kerana bimbang kebenaran terungkai mengenai kewujudan konspirasi menjatuhkannya yang direncanakan oleh musuhnya dalam PKR dan PAS?

Yang mana bila ia berlaku sebegitu, dikhuatiri akan memburukkan lagi hubungan kedua-dua parti sepakatan dalam PR itu sekaligus memberi keuntungan politik pula untuk BN.

Jika benar demikian, malang sekali, kerana maruah dan harga diri dipertaruhkan demi menjaga hubungan politik duniawi.

1 comment:

Anonymous said...

Difahamkan Mustafa Ali telah mengerahkan 20 pemimpin PAS tempatan ke Pakistan untuk mencari seorang lelaki mirip beliau.

Bila jumpa mereka ada masa 3 hari untuk ajar cakap melayu Terengganu "I call you tak jawab, SMS you tak balas".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive