Tuesday, 23 April 2013

APABILA MELAYU PAS, PKR NAIKKAN BENDERA DAP



MENJELANG PRU-13 yang akan berlangsung tidak beberapa hari lagi, perang poster, perang bendera dan perang calon rancak berlangsung.

Marilah kita renungkan apa yang sedang berlaku.
Bekas Panglima Tentera Darat bertanding sebagai calon pembangkang di Johor Baharu. Mat Sabu sebelum ini mengatakan Mat Indera dan komunis adalah pejuang kemerdekaan dan menafikan jasa anggota keselamatan yang terkorban di Bukit Kepong. Renungkanlah.

Wajarkah seorang bekas panglima tentera menyokong kenyataan tersebut dengan bertanding mewakili pihak yang tidak mengiktiraf jasa pahlawan dan secara tidak langsung mengakui dirinya juga bukan seorang pejuang (mengikut istilah yang digunakan oleh Mat Sabu)



Saya tidak boleh fikir bagaimana seorang bekas panglima tentera boleh bersama-sama pihak yang menafikan jasa-jasa anggota keselamatan malah menafikan jasa batang tubuh panglima tersebut sendiri.
Perkara kedua yang perlu direnungkan.

Para petugas parti Pas dan PKR di Seberang Perai bertungkus-lumus memasang bendera, sepanduk dan risalah-risalah parti di sekitar kawasan mereka bertanding.

Mereka bekerjasama memasang bendera-bendera parti "kawan-kawan" mereka atas semangat pakatan.
Malang sekali, mereka ditikam dari belakang.
Di kawasan Perai dan Bagan di kawasan DAP bertanding, petugas DAP hanya menaikkan bendera DAP sahaja. Mereka tidak menaikkan bendera rakan Melayu mereka iaitu Pas dan PKR.

Saya menunggu agak lama memerhati kerja-kerja memasang bendera dan menaikkan sepanduk parti di kawasan Perai, sehingga habis kerja. Cuma bendera DAP dinaikkan.

Tidak ada langsung bendera Pas atau PKR.
Berbanding kerja-kerja menaikkan bendera Pas dan PKR di Permatang Pauh, bendera dan sepanduk gergasi DAP dinaikkan dengan begitu bangga oleh beberapa petugas Pas dan PKR.

Nampaknya awal-awal lagi Melayu Pas dan Melayu PKR diperbodohkan oleh DAP.
Renung-renungkanlah.

ANAK SELUANG
Kulim

utusan Forum

2 comments:

Anonymous said...

ini lah dia muka org2 melayu haprak yg menjunjung bangsa lain tapi memijak bangsa sendiri.. DAP yg kita dah tau anti Melayu n anti Islam dia junjung habis.. tapi UMNO yg terang2 membela nasib org Melayu dan mmemertabat kn Islam di Malaysia ni dia sumpah seranah tak sudah2 sebab takde akal ikut hasutan DAP.. bodoh bangang.. dia org ingat dah bijak sangat lah tu.. paling bangang adalah..pegi cium lah bontot DAP tu ..

Anonymous said...

Zaman Komunis dahulu pun ada juga Melayu haprak sokong. Kalau sekarang pun apa bezanya Melayu haprak sekarang tak sedar semua dah cukup hanya dengan fitnah dari PKR,PAS dan DAP mulalah Melayu haprak ni lupa bagaimana bangsanya dihina dan dipijak-pijak maruahnya oleh Cinasia DAP yang mereka sanjung sangat2.Sebab Melayu bodohlah Singapura jadi milik Cinasia.Bodohlah lagi nanti Pulau Pinang tergadai akhirnya apabila kuasa Melayu di Malaysia hilang, mintalah pada Cinasia DAP hak keistimewaan Melayu/Islam, tentulah tak sebaik semasa UMNO memerintah. Masa itu baru tahu apa yang telah anda buat menderhaka pada bangsa dan agama sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive