Wednesday 24 April 2013

HADI AWANG ADA BUKTI CALON PKR PENGEDAR DADAH !!




Apa lagi nak kata, Hadi Awang sendiri dedahkan calon Pkr pengedar pil kuda.. Siap sound awal awal, Pas takkan kerjasama dengan orang pengedar pil kuda.. Hok aloh Hadi Awang ni.. terus terang sajalah cakap siapa orang tu.. tak payah dolak dalih lagi..tapi pasti ramai dah tahu siapa gerangan yang hadi maksudkan..haha

Pelik betui, hat setiausaha agogo Pas berzina buleh pulak..orang pas boleh kerja pulak dengan orang tu..macam macam hal la dengan pakatan la ni.. tiap2 hari ada saja masalah dalaman depa..tu pun jangan, ada hati nak menang PRU??







Transkrip Ucapan Hadi Awang

PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.

Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.

Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.

PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

3 comments:

Anonymous said...

Najib semakin diterima rakyat!..ketokohannya semakin menyerlah berkat dpd keikhlasan,kerja keras tanpa mengenal penat, bijak merancang pentadbiran serta melonjakkan prestasi ekonomi negara menyebabkan Ah Jib Gor semakin diterima rakyat!...syabas PM ds najib!

ah ngah gor said...

hingga pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh secara terbuka berikan sokongan kpd najib untuk terus terajui negara!...dlm perhimpunan mengumpul lebih 60,0000 orang masyarakat Cina di PKFZ Klang beberapa hari lalu...hidup Ah Jib Gor!

ah moi said...

pengundi Cina yag bijak akan memilih pemimpin yg kuat kerja dan bijak membangunkan ekonomi negara dan najib dah buktikan dlm tempuh 4 th jadi PM...so kenapa nak pilih pemimpin yg cakap tak serupa bikin...leh lengkup dibuatnya nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive