Thursday, 25 April 2013

GEMPARR !! PROSES JUAL BELI UNDI DI KESAN DI MERBOK !!



Baru masuk hari keempat berkempen, sudah ada tawaran jual beli pengundi di Parlimen Merbok atau Dun Bukit Selambau.

Terbaru, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Adin, 40, berkata, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, kesahihan maklumat yang diperoleh tidak dapat dipastikan sama ada sekadar gurauan mahupun benar-benar bermaksud mahu membuat tawaran hebat itu.

Menurutnya, pesanan itu yang bertulis ‘Perhatian kepada mana-mana parti yang berminat untuk membeli pengundi boleh menghubungi saya, pengundi seramai 116 orang untuk Parlimen Merbok atau Dun Bukit Selambau. Harga boleh dirunding, tolong panjangkan. Terima kasih.



“Pengirim SMS itu juga turut membuat jaminan bahawa harga boleh dirunding,” katanya.

Bagaimanapun Adin berkata, ia sepatutnya tidak boleh berlaku memandangkan beberapa syarat diketatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

“Kita sebuah negara demokrasi yang bebas memilih pemimpin dan diharapkan calon yang bertanding juga ikhlas untuk mentadbir dan menjadi wakil rakyat. Jangan gunakan cara kotor untuk menang dalam PRU13 ini” katanya.

Menurutnya, pendedahan dibuat bagi memastikan pilihan raya yang adil dan saksama dilakukan tanpa sebarang penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk PRU13 kali ini, SPR melakukan beberapa pindaan peraturan berhubung pilihan raya yang diluluskan dan diwartakan antaranya penggunaan dakwat kekal yang mampu mengelakkan penipuan dalam proses pengundian.

SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive