Friday 26 April 2013

TERKINI !!! TIMBALAN PENGARAH KASTAM II MAUT DITEMBAK




PUTRAJAYA – Timbalan Pengarah Kastam II Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat, dipercayai oleh penunggang motorsikal pagi ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.

Menurut maklumat awal yang diperolehi suspek menaiki motorsikal Honda melepaskan tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat.

Tembakan itu mengenai kepala mangsa.

Al Fatihah

Sumber berita : ABN NEWS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive