Thursday 7 February 2013

PERHATIAN !! REBAT PENEBUSAN TELEFON PINTAR DILANJUTKAN



CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula hari ini.

“Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi 1 bulan. Kami dalam proses menghantar emel kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.

Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.

Sehingga hari ini, lebih 440,000 belia yang berumur 21 hingga 30 tahun telah berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 dan daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.



Setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.

Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu.

Nota kepada Editor:

Sekiranya organisasi anda ingin memetik kenyataan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sesuatu artikel mahupun bahan berita, petikan tersebut haruslah merujuk kepada SKMM sebagai sebuah organisasi dan bukan mana-mana pegawai SKMM melainkan sekiranya jurucakap rasmi SKMM ada dinyatakan di dalam kenyataan akhbar atau sebarang maklumbalas rasmi kepada media.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.

AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my

SUMBER : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Sheikh Raffie Abdul Rahman
Ketua Komunikasi Strategik, Jabatan Komunikasi Strategik

Nama : Rahayu Abdul Aziz
Timbalan Pengarah, Jabatan Komunikasi Strategik

Tel : +603 8688 8000
Faks : +603 8688 1007
Emel : ccd@cmc.gov.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive