Tuesday 5 February 2013

PANASS !! ANAK SYARIKAT KUIN HOLDING GAGAL SELIA LAMAN WEB INSANIAH !! #tukarKedah #savekuin



Sudah hampir seminggu lawan web Insaniah.edu.my tidak dapat di akses oleh semua pelawat..Puncanya masih belum dapat dipastikan sama ada sedang dinaik taraf atau Jamil tak bayar gaji pekerja Insan Sistem yang menjaga laman web Insaniah..

Laman web Insaniah ini dibangunkan oleh Insan Sistem iaitu anak syarikat kepada Insan Holding..Di awal penubuhan syarikat ini Jamil kelihatan cukup gembira apabila dapat memasukkan kroni kroni beliau dalam semua anak syarikat Insaniah Holding termasuk Insan Sistem..



Yang menjadi persoalanya kenapa perlu tubuhkan syarikat semata mata untuk menguruskan laman web KUIN dan sistem rangkaiannya? Bukankah semua itu boleh diuruskan oleh bahagian IT dalam Insaniah sendiri..

Dulu semasa zaman BN mentadbir Kedah, tiada langsung anak anak syarikat dibawah KUIN untuk menguruskan pekara pekara yang tak mendatangkan faedah untuk KUIN..

Bayangkan Insaniah terpaksa serap gaji yang diperuntukkan kepada kakitangan KUIN untuk membayar gaji gaji pekerja Insaniah Holding yang kesemuanya tidak mendapat keuntungan..

KUIN kaya dengan Anak Syarikatnya


  1. -Gaji CEO ada yang mencecah sampai RM 35,000 sebulan.
  2. -Majoriti kakitangan Insaniah Holding ini bergaji besar. Jika untung berjuta tak apa la. Ni setiap bulan khabarnya minta duit dari KUIN. Jika tak untung tutup sahaja.
  3. -Berniaga didalam KUIN. Tak berkembang langsung.
  4. -Perlantikan kakitangan bersifat KRONI.


Sebagai anak syarikat yang menjaga yang menjaga laman web KUIN, CEO Insan Sistem sepatutnya lebih peka dalam hal ini dan bukannya lebih banyak buat bisness sendiri seperti apa yang dilakukan oleh ceo Insan Sistem..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive