Sunday 3 February 2013

"DEMI UMNO" TOLONG TOLAK INDIVIDU SABOTAJ PARTI - TUN MAHATHIR @NajibRazak




Sungai Petani - Dalam sidang media di Majlis Himpunan Rakyat Parlimen Merbok bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang di adakan di dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) Sungai Petani, beliau meminta penyokong BN agar tidak menyokong individu yang cuba sabotaj calon yang telah di pilih Presiden parti, YAB DS Najib Razak.

Selain dari itu Tun Dr Mahathir juga mengesa agar penyokong BN jangan menyokong BN hanya kerana individu tertentu, sebaliknya menyokong BN kerana parti dan kerana perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air



Apabila di tanya pemberita tentang pandangan Tun Dr Mahathir berkenaan persiapan Barisan Nasional menghadapi PRU 13, beliau berkata.

"Pimpinan parti kini di lihat giat berkerja, Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu rajin membuat lawatan untuk berjumpa dengan rakyat sehingga rakyat memberi sokongan baik, parti-parti komponen BN di lihat lebih aktif untuk menghadapi PRU 13" katanya.

Bagi pengundi BN yang merajuk pada PRU 12 yang lalu, beliau yakin akan berpatah balik untuk menyokong BN pada PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam sidang media tersebut, Tun Dr Mahathir juga menyatakan, beliau melihat BN di Kedah boleh mengambil alih kembali kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat kerana masalah BN ketika menghadapi PRU 12 yang lalu sudah dapat BN Kedah atasi. - Media Kedah

2 comments:

Aiman Hasni said...

Orang atas pagar tanpa parti tak setuju cadagan Tun Det itu supaya pilih parti drp calon.
Dulu boleh lah cakap macam itu.Hari kalau parti calon ghoplah atau haprak tak kan nak undi kot.
Pemimpin umno yg ada di Kedah misalnya tak ada kualiti langsung.Merekalah tukang sabotaj masa dulu.

Orang umno sendiri pun tak akan ikut cadangan Tun yang ada udang sebalik batu.

Orang ramai naktengok calon dulu.
Kalau Calon BN/UMNO terok setakat SPM/SRP dan serba lekeh tak payah lah.

Tak ada mesra rakyat.Asyik kira jaga kroni saja.

zaman Tun sudah berakhir .zaman pilih parti tak relevan lagi.tengok calon dulu.

Anonymous said...

Pilihlah parti yang dapat dana dari yahudi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive