Sunday 3 February 2013

KUIN KIAN MUSNAH !!! KPT PERLU SIASAT DAKWAAN BLOG INI !!! @khalednordin @saifuddinabd





Dakwaan ini dikemukakan oleh blog Berita KUIN mahukan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian kepada penyiasatan yang bakal dibuat kepada KUIN bermula bulan ini, antaranya :

1. Kenapa semua kakitangan KUIN dengan berani mengadakan demonstrasi bagi mendesak Jamil meletak jawatan rektor KUIN. Jika tidak keranan isu besar dan mega , masakan kakitangan KUIN sanggup berhadapan dengan risiko tindakan disiplin . Bukanlah mudah nak lihat kakitangan di sebuah Jabatan Kerajaan bangkit mengadakan demo kepada majikan mereka

2. Penipuan Jamil dalam pemalsuan dokumen minit mesyuarat yang dikemukan kepada mahkamah tinggi Alor Setar bagi berhadapan dengan saman dari En Shaik. Dokumen mahkamah sanggup dipalsukan, sudah tentu Jamil tidak segan silu untuk memalsukan dokumen laian kepada KPT , MB dan Sultan demi kepentingan dirinya.

3.Perlantikan anak syarikat yang kurapsi menyebabkan pengurusan kewangan KUIN lingkup dan lumpuh. Anak syarikat tumbuh dengan tidak dikawal dan gagal berfungsi sperti gaji yang tidak munasabah, kenaikan pangkat beberapa kali hanya dalam masa setahun, perlantikan penjenayah kormesial memegang teraju kewangan Insaniah Holding,perlantikan kroni yang ada hubungan saudara dengan Jamil seperti abang kandung dan anak kandungnya sendiri, perlantikan kroni rakan-rakan karibnya yang tiada potensi kerja.

4. Taktik penipuan dan ciplak yang digunakan pada dokumentasi SETARA KUIN 2011. Dokumen diciplak dengan beberapa perubhan dari dokumen KUIS.Ini menghilangkan kredibiliti KUIN sebagai institusi agama

5. Pelajar Ijazah Al Quran yang sudah bergraduat tidak diiktiraf ijzah mereka , walaupun yang menyampaikan ijazah adalah Tuanku Agong. Ini kerana Jamil tidak mengambil sebarang tindakan kepada Dr Azharudin walaupun banyak menimbulkan maslaah kerana Azharudin adlah adik angkat Jamil.

6. Wujudnya orang yang sudah diisytiharkan bankrup memegang jawatan utama KUIN dan beliau pun tidak mengisytiharkan status bankrup tersebut. Ini menimbulkan bahaya dalam pentadbiran kewangan KUIN.

7. Pengabaiann kebajikan kakitangan dan pelajar KUIN. Jamil menekan bagi menaikkan namanya dan Azizan. Duit gaji dan potongan di'roling' dipusing sehingga tidak membayar kepada pihak Bank walaupun seduah dipotong oleh KUIN menerusi slip gaji. Ini adalah salah laku kewangan yang nyata dan jelas

8. jamil menggunakan wang KUIN bagi kepentingan diri yang tiada kaitan dengan KUIN . Kuasa yang digunakan Jamil adalah bersalahan dan sekarang Jamil sdang dlam pemerhatian Polis dan SPRM.

Banyak lagi penyelewangan yang akan admin bantu bongkarkan agar Jamil mendapat pengajaran yang setimpal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive