Thursday 28 February 2013

44 KALI PECAH TANAH, PROJEK TAK JALAN JUGAK , LAST2 MENGAKU TAK BOLEH BUAT !!! #tukarKedah



Penduduk di Kedah mesti selalu dengar dan baca tentang kehebatan Kerajaan Kedah yang di terajui oleh Pas dalam melaksanakan projek besar kononnya untuk kesenangan rakyat termasuklah pembinaan rumah kos rendah untuk kesenangan rakyat..

Namun pada hakikatnya projek yang diwar warkan itu hanyalah projek bayangan..Kalau diikutkan berpuluh kali Azizan dah buat majlis pecah tanah projek perumahan rakyat tapi SATU pun belum buat..

Aku dapat maklumat terbaru isu perumahan rakyat yang Kerajaan Pas Kedah cadang nak bina di Sg Limau iaitu kubu kuat Azizan..Rupanya Azizan dah 2 kali datang ke majlis pecah tanah tu..Sebelum pecah tanah Pas Kawasan upah lori 2 biji bawa tanah merah lepas selesai majlis pecah tanah, lori yang diupah tu datang kembali untuk mengambil tanah tersebut..



Itulah taktik Pas selama ini untuk mengaburi rakyat..Anda lihatlah gambar dibawah ni tapak projek apartment kos rendah yang dipecah tanah oleh Azizan pada tahun 2010..



Sampai la ni tak nampak 1 batang cerucuk yang tertanam kat tanah tu..Inilah kerja cara Islam Pas Kedah..Depa lebih suka tarah pokok balak dari buat perumahan untuk rakyat..

Bila dah sepenggal perintah baru mengaku gagal nak tunai janji..Aku rasa projek yang depa buat kat pedu tu lepas ni confirm lingkup ..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui kerajaan negeri telah gagal menunaikan beberapa janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Kedah sewaktu pilihan raya umum 2008.

Salah satu daripada janji tersebut adalah keperluan untuk membangunkan dan menyediakan perumahan mampu milik, terutama unit rumah kos rendah.

Azizan turut memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam beberapa majlis di mana kerajaan di bawah pimpinan PAS negeri itu gagal membina unit rumah berkenaan..

Beliau berkata, pelaksanaannya mengambil masa lebih lama.

"Apa yang kami masih belum laksanakan (janji), kita akan masukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat Kedah bagi pilihan raya umum pada 2013.

"Kami akan melaksanakannya selepas kita kembali kepada kuasa," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Gerakan Pemuda Kedah, Tan Ken Liang berkata selain dari kegagalan untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah, kerajaan negeri juga telah menyulitkan beberapa perkara dengan menaikkan tarif air sebanyak 100 peratus dan juga menaikkan yuran Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri juga gagal menunaikan janji untuk mengamalkan tender terbuka dalam pemberian projek, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menyediakan pendidikan percuma di peringkat universiti dan undang-undang reformasi untuk mengawal selia aktiviti pembalakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive