Wednesday, 30 January 2013

TUDIAA !! PONDAN SIAM MARAH IKLAN IKEA





Seorang lelaki Thai bersama teman wanita beliau sedang membeli-belah di sebuah pusat perabot.

Teman wanitanya kemudian terlihat bantal yang dijual dengan harga murah, dan tiba-tiba, suara lembut wanita tersebut berubah menjadi garau.

Terkejut dan takut, teman lelaki wanita tersebut tidak berapa lama kemudian melarikan diri.

Senario itu adalah sebahagian iklan dikenali sebagai Luem Aeb (Lupa Untuk Menipu) yang dikeluarkan oleh Ikea Thailand yang menyebabkan kumpulan transgender negara itu marah serta menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘negatif dan stereotaip’ selain ‘telah melanggar hak asasi manusia’.

Kumpulan berkenaan telah menulis surat bantahan kepada syarikat gergasi di Sweeden tersebut.



Menurut Thai Transgender Alliance, iklan yang disiarkan selama 20 saat yang dapat dilihat di YouTube dan di dalam keretapi-keretapi di Bangkok dari Disember hingga Januari lalu nyata tidak menghormati kumpulan transeksual dan kumpulan tersebut mahukan penjelasan dari pihak Ikea.

Golongan transgender, atau popular dengan gelaran Ladyboy, adalah adalah golongan yang diterima baik di Thailand dan golongan itu sering dapat dilihat dalam bidang-bidang seperti fesyen, kecantikan dan hiburan, walaupun secara rasminya mereka tidak diiktiraf sebagai wanita.

Pihak pemasaran Ikea Thailand berkata, pihak mereka telah memberikan respon terhadap aduan tersebut.

“Ikea telah menjawab aduan yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut melalui panggilan telefon dan segalanya berjalan lancar. Kami kini sedang menyiapkan surat untuk menjawab aduan tersebut,” kata pegawai pemasaran Ikea yang enggan dikenali kepada pihak media.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive