Thursday, 31 January 2013

EDISI BONGKAR !!! KURSUS PRA PERKAHWINAN JADI MANGSA FITNAH PENCACAI PAKATAN !!


gambar yang hampir sama

Pencacai pakatan memang cukup takut jika dakyah kristian untuk memurtadkan orang Islam tersebar kepada umum.. Mereka bukannya nak bendung pekara ini tapi dipertahankan pula tindakkan golongan memurtadkan orang Islam..

Beberapa hari lepas 1 gambar ini telah tersebar di alam maya yang menunjukkan orang Islam sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang lelaki diatas pentas berlatar belakang lambang salib..

Ramai orang mempersoalkan kesahihan gambar ini dan jika pekara ini memang berlaku ada diantara mereka kecewa..

Selepas beberapa jam gambar ini disebarkan, pencacai pakatan terpaksa mengunakan kaedah teknik teknik photoshop untuk menghilangkan lambang salib pada gambar tersebut..Maka dicanangnya gambar itu sebenarnya diambil semasa kursus pra perkahwinan..




Gambar yang dimuat naik pula resolusinya kecil..Jika di zoom gambar ini selalunya akan pecah..Taktik ini memang diguna pakai oleh pencacai pakatan untuk menutup sesuatu isu..Gambar dibawah adalah perbezaan antara yang tulen dan yang telah diedit


Gambar tulen selalunya nampak jelas terang walaupun di zoom tetapi gambar yang diedit pencacai selalunya di kecilkan tahap kualiti imej..Walaupun kedua dua gambar diatas sama tetapi anda lihat pada kawasan yang dibulatkan..

Disini boleh beza kualiti imej yang tulen dan palsu..Lihat pada bulatan di rostrum jelas terpampang gambar salib..

Gambar dibawah ini adalah penjelasan bagaimana taktik pencacai pakatan membuang lambang salib


Pelik, macamana pencacai pakatan boleh kata gambar ini diambil dari kursus pra perkahwinan..Setahu aku, antara syarat syarat paling penting untuk menghadiri kursus pra perkahwinan ialah menutup aurat..

Tapi macamana boleh ada perempuan tak bertudung dalam majlis ni?? Disebelah kanan pula terletaknya grand piano..Betul ka kursus pra kahwin sekarang ada mengajar bermain piano??

Gambar dibawah diambil dari pusat pusat yang menawarkan kursus pra perkahwinan..



Kesemua kursus pra perkahwinan selalunya terdapat papan putih dan screen projektor dihadapan untuk memudahkan peserta mengambil nota yang ditulis oleh penceramah..

Tapi gambar yang disebarkan semalam langsung tiada papan putih atau pun screen projektor untuk pelajar mengambil nota..

Aku pun tak tahu macamana nak jelaskan lagi isu gambar orang Islam dalam gereja tu..Harap dengan penjelasan ni hangpa semua boleh nilai sendiri..

1 comment:

Anonymous said...

mampus dah pakatan kali ni.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive