Wednesday 30 January 2013

#PECATNASHA !! PAS KATA BUKAN SEBAB POLITIK ?? HABIS TU SEBAB APA ?



Jatuh ditimpa tangga, itulah nasib bekas Timbalan Presiden Pas yang memperjuangkan perpaduan ummah diantara Umno dan Pas telah digugurkan keanggotaan dalam Majlis Syura Pas..

Sebaik saja digugurkan, kebanyakkan pemimpin Pas mengambarkan bahawa Ust Nasha kini dianggap merugikan dan membebankan Pas jika beliau ada memegang jawatan dalam parti..Kini nama beliau tidak tersenarai untuk bertanding pada PRU kali ini..

Inilah taktik Pas untuk merendahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan apa yang Pas inginkan bersama pakatan..Sesiapa saja yang dilihat sengaja memberi bola mudah untuk parti lawan smash, sudah tentu profil orang itu akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pas..

Dalam isu Ust Nasha, Pas memutuskan untuk mengugurkan nama beliau dalam Majlis Syura pada 13 Januari lalu iaitu sebelum rombongan Perdana Menteri dan Ust Nasha ke Gaza..Tetapi sampai sekarang Ust Nasha belum mendapat apa apa surat rasmi dari pejabat..



Beliau mengetahui tentang pemecatan beliau melalui media saja..Kenapa Pas mengambil masa begitu lama untuk menghantar surat rasmi kepada Ust Nasha??

 Dalam penjelasan yang diberikan oleh Nik Aziz semalam, Nama Nasha terpaksa digugurkan kerana menyalahi undang undang parti seperti tidak hadir ke mesyuarat dan lain lain sebab..Bagi Pas, alasan tidak hadir ke mesyuarat Majlis Syura dianggap satu kesalahan besar dan perlu disingkirkan.

Tetapi adakah Ust Nasha diberi peluang untuk perjelaskan keadaan..Dimana hak demokrasi dan kebebasan bersuara yang Pas laungkan??

Isu penguguran Ust Nasha sama seperti apa yang terjadi pada Dr Hasan Ali..Kalau terlebih bersuara soal parti dah pakatan, maka orang orang itu akan tersenarai antara orang paling merugikan dalam Pas..

Itulah sebenarnya parti Pas, tak boleh dikritik dan tak boleh pandangan orang lain..Apa yang Pas buat semuanya betul..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive