Sunday, 6 January 2013

CURI BALAK !!! PERKASA BAGI KATA PUTUS BUAT AZIZAN !!



Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kedah akan mengadakan satu himpunan aman bagi membantah keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah yang berdegil mahu meneruskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Peru, Kedah.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, himpunan yang akan diadakan pada 11 Januari depan itu akan menyedarkan barisan kepimpinan yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berhubung kepentingan menjaga alam sekitar.

"PERKASA melalui mesyuarat hari ini akan menyokong perhimpunan aman dinamakan protes pembalakan di kawasan tadahan air di Kedah pada 11 Januari ini.

"Isu alam sekitar ini isu yang amat serius, bukan sahaja menjadi cemuhan dalam negara, malah di peringkat antarabangsa. Kawasan pembalakan bukan sahaja menjadi perkara yang begitu serius yang seharusnya tidak dilakukan oleh kerajaan negeri." katanya pada sidang media PERKASA di sini hari ini.



Ibrahim berkata strategi kerajaan negeri Kedah yang bergantung kepada aktiviti pembalakan bagi menjana pendapatan adalah tidak bijak kerana ia mengganggu ekosistem alam sekitar.

"Pada saya kawasan seumpama ini tidak patut disentuh. Kerana contohnya di Kelantan, ia menyebabkan banjir kerana isu pembalakan di negeri itu yang semakin menjadi-jadi.

"Dua negeri yang ditadbir oleh PAS ini, saya nampak mereka tidak berupaya mentadbir kerajaan negeri, nak menjana dana untuk kerajaan negeri, mereka tidak pandai, mereka (cuma) pandai tebang balak, gadai atau pajak tanah rizab Melayu. Cara lain mereka tidak reti," ujarnya.

Untuk rekod, himpunan aman itu akan bermula pada jam 3 petang dengan mengadakan konvoi beramai-ramai ke kawasan Pedu..AntaraPos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive