Thursday 6 December 2012

SNAKE ON A PLANE ! SEORANG PENUMPANG DI PATUK TEDUNG SELAR




Kaherah – Pesawat Egypt Air yang terbang dari Kaherah ke Kuwait terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpangnya dipatuk oleh seekor ular tedung yang diseludup ke dalam pesawat tersebut.

Keadaan itu menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa mendarat di bandar Al Ghardaqa di Laut Merah.

Menurut akhbar Jordan Times, mangsa yang dikenali sebagai Akram Abdul Latif, merupakan pemilik kedai reptilia di Kuwait.

Dia dilaporkan telah menyeludup ular berkenaan ke dalam pesawat dan menyembunyikannya ke dalam bag.

Malang bagi Akram apabila ular itu dapat keluar daripada beg berkenaan dan kemudiannya mula menjalar di dalam pesawat yang membawa 90 penumpang itu.



“Mangsa digigit di tangan dan terpaksa diberikan rawatan kecemasan ketika dalam pesawat.

“Dia kemudiannya bertegas mahu membawa ular itu ke Kuwait, namun pihak berkuasa tidak membenarkannya dan terpaksa merampas ular berkenaan,’’ katanya.

Akram kemudiannya menolak gesaan doktor supaya dia dimasukkan ke hospital untuk pemantauan 24 jam kerana beranggapan gigitan itu tidak serius.

Dia kemudiannya meneruskan penerbangan dengan pesawat tersebut ke Kuwait.

Ular tedung Mesir merupakan antara ular tedung terbesar di Afrika dan ia biasanya ditemui di Utara Afrika, iaitu kawasan yang dekat dengan sumber air.

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive