Saturday 8 December 2012

LYNAS PATUT SAMAN JE PAKATAN ANAK HARAM NI LEBIH2 LAGI SI FAUZIAH TORON



Pengarah Urusan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata kini sudah tiba masanya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan semua tohmahan dan fitnah terhadap kilang itu.

Katanya pihak terbabit sebaliknya perlu memberi laluan kepada Lynas untuk beroperasi setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov lepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut, sekaligus membenarkan kilang itu beroperasi.

Mashal berkata kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi membuktikan bahawa kilang itu selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang ramai dan alam sekitar.

"Hampir dua tahun kami melalui kesusahan kerana fitnah tanpa henti dan tanpa bukti yang disebarkan oleh pihak anti Lynas bagi meracuni fikiran rakyat.



"Lynas terpaksa mengambil pelbagai usaha dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk menangkis semua tohmahan, antaranya membayar kos pakar-pakar antarabangsa untuk mereka sediakan fakta-fakta kepada orang ramai," katanya pada sesi taklimat Lynas kepada media dan penduduk kampung sekitar Gebeng di tapak kilang Lynas di sini, hari ini.

Menurut beliau, enam badan bebas juga telah ditubuhkan untuk mengkaji aspek keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Selain itu, pihaknya juga terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli pelbagai alat yang memang tidak diperlukan, namun bagi memuaskan hati semua pihak, tindakan itu terpaksa dilakukan.

"Kita sudah penat hadapi kerenah pihak antiLynas ini, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kerajaan amat teliti dan berhati-hati dalam mengambil setiap usaha dan tindakan bagi memastikan Lynas selamat untuk semua pihak termasuk alam sekitar.

Pada sesi taklimat itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas Prof Dr Ismail Bahari turut melakukan demonstrasi perbandingan tahap radiasi antara bahan mentah yang akan diproses menjadi nadir bumi dan bahan mentah lain seperti monazide dan amang perak (bijih besi) di hadapan 50 penduduk kampung yang hadir.

Penduduk kampung dapat melihat sendiri bahawa ukuran tahap radiasi ke atas bahan mentah nadir bumi amat rendah berbanding bahan mentah lain selain mereka berpeluang memegang dan menghidu bahan mentah yang didakwa amat berbahaya oleh pihak pembangkang.

Pegawai Rukun Tetangga Taman Balok Baru, Mokhtar Mamat, 63, berkata dia kini lebih memahami operasi kilang tersebut setelah berpeluang menghadiri sesi taklimat hari ini.

Katanya segala maklumat yang diperoleh itu akan disampaikan kepada semua penduduk di kawasan kejiranannya supaya setiap mereka mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai Lynas.

Sariah Awang Ngah, 45, dari Kampung Sungai Karang Darat pula berkata sebelum ini dia masih ragu-ragu mengenai tahap keselamatan kilang Lynas kerana telah mendengar pelbagai versi berbeza mengenainya.

"Hari ini barulah saya dapat gambaran sebenar apa yang dikatakan nadir bumi, sebelum ini hanya dengar cakap dari mulut orang tapi hari ini juga saya saksikan sendiri demonstrasi yang dilakukan pihak Lynas," katanya.- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Tak boleh fikir lagi ke kenapa bangsa ini saja yang beria-ia nak tumpaskan Lynas? sedangkan banyak gerai merka wujud kat tepi-tepi jalan menyusahkan dan membahayakan pengguna jalan dibuat tak reti saja??? ada udang disebalik mee ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive