Wednesday 5 December 2012

RAKYAT SUNGAI PETANI DI ZALIMI KERAJAAN PAS KEDAH #TUKARKEDAH




Sungai Petani- Lebih 10,000 Penduduk di kawasan Estate Sungai Divison, perumahan Taman Kelisa dan Taman Aman Jaya terpaksa berhadapan dengan permasalahan keadaan jalan yang begitu teruk serta lampu-lampu jalan yang tidak di selengara pihak berkuasa tempatan semenjak 3 tahun yang lalu.

Menurut Makbul Ilahi, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, penduduk setempat telah beberapa kali membuat aduan pada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK), namun tiada sebarang tindak balas yang telah di lakukan pihak MPSPK di sebalik aduan yang telah di lakukan penduduk setempat.

Ketika di temubual, Makbul Ilahi mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri melalui Exco yang di pertanggungjawapkan mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menggunakan peruntukan sepenuhnya yang di berikan Kerajaan Pusat untuk menyelengara jalan-jalan yang bermasalah di seluruh negeri Kedah.

Apa yang berlaku sebaliknya peruntukan tersebut telah di letak di dalam tabung di bawah Yayasan Perbadanan Menteri Besar kedah dan di gunakan untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri ketika rakyat di seluruh Kedah mengharapkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan tersebut menyelengara jalan-jalan di negeri Kedah yang sudah begitu teruk.



Akibat jalan yang begitu teruk dan kawasan di tempat berkenaan terlalu gelap kerana lebih 40 batang tiang lampu gagal berfungsi, kemalangan sering berlaku di kawasan berkenaan sehinggakan kes kemalangan yang terbaru telah mengakibatkan berlakunya kemalangan maut apabila seorang penunggang motorsikal gagal mengawal kenderaannya ketika melalui kawasan tersebut.

Rata - rata penduduk setempat begitu kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri melantik Exco dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal melaksanakan tanggungjawap yang telah di amanahkan rakyat.



























No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive