Tuesday, 4 December 2012

R.SIVARASA TULIS SKRIP KEPADA DEEPAK KARPET





Ramai yang sudah mengetahui motif kemunculan watak baru seorang penjual karpet bernama Deepak Jaikishan dengan ceritera penglipurlara disaat permulaan Perhimpunan Agung UMNO 2012 adalah untuk menimbulkan keraguan dikalangan ahli UMNO terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Malangnya taktikal strategik sedemikian gagal untuk mencalar imej PM dan isterinya, Rosmah Mansor dan tidak berupaya mencapai klimaks yang diingini oleh Pakatan Pembangkang yang diketuai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Menampilkan Deepak sebagai watak pelakon tambahan untuk menguatkan ceritera Altantuya dan PI Bala sebenarnya makin menampakkan betapa tertekannya pakatan pembangkang dalam usaha songsang mereka untuk menarik semula perhatian ramai terhadap kisah itu.



Latar belakang Deepak yang bergelumang dengan hutang keliling pinggang termasuk bakal diisytiharkan muflis sekiranya gagal melangsaikan hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance serta berpuluh juta lagi dengan Maybank menjadikan kemunculannya ibarat seorang pelawak yang gagal menghiburkan orang ramai.

Lebih-lebih lagi apabila apabila umum mengetahui wujudnya pertemuan di antara Deepak dengan Anwar, serta penglibatan sama pemimpin dan peguam PKR, R.Sivarasa sebagai tukang tulis skripnya lagilah kredibiliti Deepak dan cerekanya menimbulkan kesangsian ramai.

Tapi apa nak hairan, dalam bab reka cerita dan menyuruh orang lain menghafal skrip dengan tujuan untuk mencalar imej PM dan isterinya sudah menjadi darah daging R.Sivarasa, itu keistimewaan dan kelebihannya sebagai peguam paling celaka atas muka bumi.

Bila makin ramai meragui kredibiliti cerita Deepak mulalah Anwar mengarahkan balacinya dari PAS, Husam Musa untuk menimbulkan nama Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Yasin konon sebagai dalang yang menggerakkan Deepak untuk menggembar gemburkan cerita dongeng.

Dalam pada cuba-cuba menjual nama Tun M dan Muhyidin tak pasal-pasal kenyataan dari Husam itu lagi membuka pekung konspirasi yang direkayasa oleh pembangkang.

Kini tak semena-mena Anwar Ibrahim pula terpaksa tampil melalui kenyataannya di FMT menafikan dirinya berada disebalik konpirasi terbaru membabitkan penjual karpet itu hanya selepas sehari dua para bloggers pro UMNO mengeluarkan hint-hint penting hujung pangkal kisah ini.

Umpan tak termakan alih-alih tukang bagi umpan pula yang sedang kepanasan sekarang. Anwar tahu lebih jauh isu Deepak dimanipulasi oleh PR dan gerombolannya bermakna lebih dekat pendedahan sebenar akan memalukan PR dan dirinya.

Mahu tak mahu sebelum bukti penglibatannya bertebaran di alam jagat maya, cepat-cepat Ketua Umum PKR itu menafikan penglibatannya. Nampak sangat dayusnya Anwar.

Bagai jantan kabaret yang gah menceritakan kehebatannya diranjang namun realiti sebenarnya lebih kerap tewas sebelum berjuang dek kerana senjata bengkoknya, sebaliknya pasangan si chinadoll pula tergaru-garu sakan gatal sana sini, begitulah yang terjadi pada Anwar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive