Monday, 17 December 2012

PANASS ! WA TARAK PENAH PAKAI KRONI - GUAN ENG



Hampir tersedak aku baca kenyataan terbaru Guan Eng yang bangga sebab pakatan tak amalkan kronisme dalam pentadbiran depa..Bila aku kata bodoh nanti si mamat brylcream ni pi buat kenduri kesyukuran pulak..

Dia ni tahu ke tak maksud kronisme ni ?? Kalau tak tahu aku nak terangkan..Kroni ni bermaksud “kawan atau saudara yang rapat (biasanya digunakan dalam situasi negative atau yang melibatkan kepentingan peribadi)”.

Kronisme pula memberi maksud “amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat atau saudara dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek..

Siapa dia teman rapat dan anak beranak dalam PR ni ?? Cuba tunjukkan bukti dalam Pas, Pkr dan Dap sendiri sebelum nak banggakan diri..Eh guan eng, lu mau ka kalau aku list down segala mak nenek skandal projek, jawatan yang diagihkan kepada kroni kroni PR sejak perintah dari 2008 sampai sekarang ??



BAYAN BARU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihaknya bangga kerana Pakatan Rakyat (PR) tidak mengamalkan kronisme dalam pendekatan politik mereka.

Menurutnya, selama beliau memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak pernah dikunjungi ahli PR bagi meminta projek untuk dilaksanakan.

"Kita jalankan tender terbuka, dan bukannya memilih sanak saudara pemimpin parti untuk menjalankan projek.

“Inilah kelebihan yang ada dalam PR, kita tidak mengamalkan kronisme, apa yang kita utamakan adalah kepentingan rakyat. Saya harap tradisi ini dapat diteruskan selamanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, hari ini.

Guan Eng berkata, beliau turut berharap agar ahli PR tidak mempunyai agenda peribadi sebaliknya memegang prinsip parti yang memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum.

“Kita berharap agar semua yang menyertai PR, bersama-sama memegang prinsip dan menjalankan amanah yang diberikan rakyat, tiada agenda peribadi. Ini kerana, budaya kronisme bukan tradisi kita.

“Saya juga berharap jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang baru (dipilih) dapat menunaikan hasrat wakil-wakil kawasan serta bekerjasama sebagai satu pasukan demi kepentingan rakyat. Saya berterima kasih kepada semua ahli PR di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kerana bersatu untuk membela masa depan anak cucu kita," katanya.SINAR

Agaknya Guan Eng terlupa apa yang depa buat selama ni..Maklumlah, PRU13 makin dekat jadi segala surat dan dokumen dokumen kroni dah banyak dibakar la..Takut nanti terkantoi pulak..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive