HIASAN |
Esok kiamat? Kaum Mayan berkata sedemikian? Jangan jadi 'pandai' ya?
Apakah benar bahawa Kaum Mayan meramalkan bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 21 Disember 2012? Benarkah? Kalau sesiapa yang mempelajari sejarah Tamadun Mayan akan tersenyum sinis kepada mereka-mereka yang cuba memandai membuat kesimpulan sendiri.
Dakwaan itu salah dan tidak benar sama sekali. Kalendar Kaum Mayan tidak pernah meramalkan bahawa kiamat itu terjadi. Ini hanya berlaku apabila mereka yang suka menyebarkan propaganda mempelari sedikit tentang Tamadun Mayan lalu membuat kesimpulan mereka dan menyebarkan kepada orang ramai. Ramai juga yang terpenggaruh.
Bangsa Mayan mempunyai banyak sistem kalendar. Antaranya ialah Tzolk'in dan Haab. Namun itu tidak penting kerana ada sejenis sistem kalendar yang lebih penting iaitu Mesoamerican Long Count calendar. Kalendar yang ditemui inilah yang menyumbang kepada ramalan-ramalan orang yang tidak bertanggungjawab kononnya kiamat akan terjadi.
Ada satu rahsia yang cuba diselindungkan oleh mereka. Pertama, tentang bagaimana sistem kalendar ini berfungsi. Kalendar ini sebenarnya sangat panjang untuk dikira. Dikatakan kalendar ini bermula ketika permulaan era bumi ini dicipta mengikut kepercayaan Kaum Mayan. Namun, kalendar ini berakhir pada 21 Disember 2012. Ini yang digunakan oleh puak-puak yang cuba menyebar berita palsu mengenai kiamat konon bahawa kalendar Mayan berakhir dan bumi akan berakhir pada masa itu.
Padahal, kalendar Mayan ini sebenarnya fungsinya sama macam kita. Apabila 31 Disember itu habis, maka kalendar Mayan akan berputar kembali kepada permulaan hari seperti mana Kalendar Masihi selepas 31 Disember akan bertukar kepada 1 January.
No comments:
Post a Comment