Sunday, 16 December 2012

4 TAHUN RAKYAT SELANGOR BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT YANG DIBUAT KERAJAAN PR !! NAK PANGKAH LAGI KER ?



Bila Selangor dikatakan bertukar kepada sebuah negeri yang paling hebat mempromosi dan pusat maksiat di negara ini, ramai para pemimpin dan penyokong Pakatan Haram yang marah dan geram dengan kenyataan itu.

Namun, apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di negeri termaju itu jelas menunjukkan bahawa dakwaan itu sememangnya benar belaka dan Selangor bagaikan sudah menjadi sarang maksiat sejak Mac 2008, sejak Pakatan Haram mengambil alih pentadbirannya.

Baru-baru ini pihak polis dari Bahagian Cegah Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu sebuah premis di Petaling Jaya dan berjaya menahan seramai 11 orang pelacur asing berusia antara 20 hingga 37 tahun.

Menurut sumber, pelacur-pelacur itu dibawa masuk oleh “majikan” mereka sebagai persediaan perkhidmatan “seks tanpa henti selama sehari semalam” sempena Hari Natal pada 25 Disember ini dengan bayaran di antara RM300 hingga RM600.



Dulu Selangor Darul Ehsan tidak begini…

Saya masih ingat lagi apabila rakyat Selangor begitu berbangga dengan pembinaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang begitu terkenal sebagai sebuah binaan Islam berkonsep moden dan tercanggih.

Ketika itu umat Islam di Selangor begitu bangga dengan seni binaan Islam itu di mana masjid berkenaan menjadi tarikan umat Islam dari negeri-negeri lain untuk bersolat dan melawat keindahan dan kemodenannya.

Selangor juga pesat membangun dengan kepelbagaian industri yang tumbuh dan kewujudan pelbagai peluang perniagaan sehingga negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri paling maju berbanding negeri-negeri lain di negara ini.

Begitu juga dengan kewujudan pusat-pusat pengajian tinggi di Selangor seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Selangor (Unisel) dan lain-lain pusat pengajian tinggi yang begitu memberikan imej yang baik kepada negeri Selangor.

Tetapi sejak Mac 2008 atau lebih tepat apabila Selangor diambil alih oleh Pakatan Haram, pusat-pusat maksiat begitu banyak dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sehingga tidak mampu dikawal oleh pihak Kerajaan Negeri.

Ia diakui sendiri oleh Exconya, Ronnie Liu yang dulu begitu hebat mempertahankan kewujudan pusat-pusat hiburan, pub, kelab malam, disko dan rumah-rumah urut di seluruh Selangor.

Saya masih ingat lagi bagaimana bekas Exco PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali diherdik Ronnie Liu, Khalid “Gereja” dan Khalid “Gagap” serta dipaksa untuk mengembalikan beberapa botol arak ke premis yang diserbu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketika itu, Hasan Ali dan JAIS begitu teruk “dibelasah” oleh para pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor sehingga bekas Exco itu ditekan habis-habisan sebelum dipecat begitu saja dari jawatan yang disandangnya.

Persoalannya, sampai bilakah rakyat Selangor mahu terus membiarkan maksiat berleluasa di negeri kesayangan mereka itu?

Apakah rakyat Selangor mahu menunggu sehingga anak-anak mereka rosak, jahanam dan tergadai akhlaknya?

Apakah ketika itu baru rakyat Selangor nak sedar betapa berbezanya dasar dan pentadbiran di antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Haram di Selangor?

Saya berpendapat, sekiranya rakyat mahu melihat Selangor dan generasi akan datangnya terus dihancurkan oleh Pakatan Haram, sila pilih Pakatan Haram sekali lagi pada PRU ke-13 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sanggup?

SUMBER MYKMU

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Eh? Ni kan aktiviti pelaburan? Pelancungan (pelacuran?) kan membawa pulangan yang besar? hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive