Saturday, 15 September 2012

PEMBANGKANG ALIH ISU PISTOL DENGAN TARIAN SUMAZAU




PEMIMPIN menari dalam majlis rakyat, bukan perkara baru lebih lagi di kalangan Pakatan haram. Anwar dah buat lama dah terutama sekali bila ada majlis yang ada kaitan dengan orang India, confirm kalau ada bunyi gendang yang biasa digunakan tu, Anwar tak boleh tahan kaki dan tangannya dari bergoyang sama.

Ini biasa, tak pernah pulak dijadikan isu melainkan bila Anwar kata dia sakit belakang, tak boleh meliwat. Eh, menari boleh pulak, mana pergi sakit belakang? Setakat itu sajalah isunya, kau nak tunggang terbalik atas pentas tu, kita peduli apa!!

Oleh yang demikian, kita jadi pelik kenapa bila Datuk Seri Najib ‘join sekaki’ dalam tarian Sumazau di Majlis Rumah Terbuka di Sri Perdana baru-baru ini, ia menjadi isu hangat di kalangan portal dan blog pro pembangkang, termasuklah Harakahdaily sekali.

Semua caci dan maki pun keluar, nak-nak di ruangan komen. Terlupalah puak-puak ini yang tauke besar dia pun ‘kaki gonjeng’ sama. Dahlah kaki gonjeng, tak berapa nak ‘tune’ pulak langkahnya tu!!



Ini macam piawai biasa yang diguna pakai Pakatan haram – kalau orang lain buat salah, dosa, masuk neraka dan sebagainya, kalau puak dia buat, tak apa.

Apa yang masalah sangat tu? Pasal dosa ke, pasal pahala ke? Siapa balaci nak mengukur dosa pahala orang lain. Lagipun, ini bukan kali pertama Datuk Seri Najib menari Sumazau, semasa menghadiri pesta Keamatan di Sabah pada Jun 2012 pun Perdana Menteri dan menari Sumazau dah (buktinya dalam video di bawah), kenapa ketika itu tak dijadikan isu?



Malah kalau nak ditambah, sebelum itupun (pada 2009), Najib pernah menari Sumazau ketika mengadakan lawatan mengejut di Pesta Menuai di PWTC (rujuk gambar di atas). Tidak pun pembangkang menjadikannya isu ketika itu.

Kenapa sekarang?

Jawapannya ialah, isu ini dibangkitkan sekarang sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari tindakan pengawal peribadi Anwar yang mengacukan pistol ke arah rakyat kerana kononnya nak melindungi keselamatan Anwar di Melaka baru-baru ini.

Pertistiwa yang diharap Anwar jadi modal simpati, bertukar jadi kutukan dan keji kerana jelas sekali tidak ada alasan untuk berbuat demikian. Rakyat yang membantah bukannya bawa senjata pun, hanya banner dan poster.

Lagipun bukankah Anwar juga yang menggalakkan rakyat turun membantah melawan pemimpin dan kerajaan di jalanan, kenapa bila kena part dia, nak acu-acu pestol pulak?

Penulis harap tidak adalah yang terpedaya dengan pendekatan sedemikian. Tapi kalau nak dijadikan isu juga, modal nak melawan balik pun banyak sebab ada berlambak video Anwar sedang bergonjeng atas pentas boleh dijumpai di dalam Youtube.

Tempel dalam blog atau fb masing-masing, selesailah masalah itu.

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive