Friday, 14 September 2012

FAUZIAH TORON GAGAL MENGAWAL KEMARAHAN ANWAR TERHADAPNYA



Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Pakatan Rakyat telah benar-benar ketandusan isu untuk menghadapi PRU-13. Segala isu yang dikitar semula seperti hudud juga nampaknya memakan diri sendiri. Malah, isu yang dicipta contohnya, fitnah-fitnah terhadap Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah juga tidak membawa ke mana. Habisnya, mereka yang kantoi dan seluruh agenda dan dalang di belakang mereka terbongkar. Antaranya, kes mengenai cincin yang kononnya berjuta-juta, pembunuhan Altantuya, rasuah dalam pembelian scorpene serta latarbelakang SUARAM.

Kini, apa yang PR mampu lakukan untuk terus berdiri sementara menunggu PRU ialah menebalkan muka untuk terus menafikan segala apa yang telah terkantoi, serta terus memainkan isu-isu tersebut seolah-olah ia masih relevan dan belum selesai.

Dan inilah yang PR sedang lakukan dalam isu kilang Lynas di Gebeng yang dijuarai oleh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen PKR Kuantan. Fuziah terus berdegil menentang Lynas, walaupun kilang tersebut telah pun dibuktikan oleh segala macam pakar dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, sebagai tidak merbahaya untuk manusia, haiwan dan alam sekitar.



Fuziah telah bertindak menolak segala laporan saintifik dengan menggunakan air-liurnya.

Sedangkan, membahaskan isu mengenai bahan radioaktif, kimia dan nuklear tidak boleh hanya berdasarkan pendapat, contoh terasing, gerak hati dan juga emosi. Ini kerana, ia adalah isu saintifik yang mana permasalahannya boleh dibentangkan secara terperinci serta dibuktikan, jika perlu, tanpa boleh dimanipulasi.

Difahamkan, Fuziah telah diarahkan untuk terus menghidupkan isu Lynas dan memastikan Lynas tidak beroperasi walau apapun terjadi. Anwar Ibrahim sendiri memberitahu Fuziah agar menjaga ‘air muka’ PR dan terus menjadikan Lynas satu isu besar sehingga PRU nanti.

Jika tidak, Anwar khuatir rakyat mula membuka mata bahawa PR sengaja mempolitikkan Lynas untuk memburukkan kerajaan sedangkan kilang tersebut jelas tidak merbahaya.

Kerana itulah walaupun media pro-PR iaitu Free-Malaysia-Today (FMT) telah terpaksa mengaku kalah dan meminta maaf kepada Lynas kerana menulis bahawa Lynas adalah merbahaya, PR tetap tegar membuat tuduhan yang sama. Harapan mereka, rakyat akan terlupa akan permohonan maaf FMT dan percaya bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah berasas.

Apabila Lynas mendapat lesen beroperasi sementara, Anwar dikatakan berang dan menyalahkan Fuziah atas kegagalan PR menghalangnya. Maka Fuziah dipaksa untuk meneruskan rayuan di mahkamah untuk menghentikan terus operasi Lynas.

Memandangkan sejak dari awal lagi Kumpulan Anti Lynas tidak mampu berhujah dengan fakta dan bukti bagi meyakinkan mahkamah bahawa Lynas adalah merbahaya, maka tidak hairanlah jika rayuan mereka kalah lagi.

Fuziah dan PKR serta Anwar tahu bahawa mereka tiada kredibiliti dan tiada asas untuk terus menentang Lynas tetapi apakan daya, mereka perlu terus memainkan isu yang tidak ada demi memastikan parti mereka kelihatan relevan di mata rakyat.

Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar telah memarahi Fuziah dengan teruk sekali kerana gagal menjalankan tugas dengan baik. Dan Fuziah pula berazam untuk memulihkan imejnya di mata Anwar dan ingin membuktikan bahawa beliau bukannya seorang ‘loser’.

Oleh itu, sepertimana BERSIH diteruskan walaupun hampir semua dari tuntutan BERSIH telah diterima kerajaan, begitulah juga Fuziah akan meneruskan tentangan terhadap Lynas. Untuk ini, Fuziah perlu terus berlakon bodoh, pekak badak dan buta tuli seolah-olah tidak memahami ayat mudah bahawa ‘kilang Lynas tidak merbahaya’.

Dari satu segi, benarlah kata Anwar bahawa Fuziah adalah ‘loser’. Ini kerana hanya seorang ‘loser’ sahaja yang sanggup terus berlakon bodoh demi satu matlamat yang bodoh juga iaitu menghentikan operasi kilang yang bakal memberi keuntungan kepada penduduk sekitar dan juga negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive