Seminar AUTISME 2014

Seminar AUTISME 2014

Friday, 3 August 2012

PERHATIAN !!! FACEBOOK AKAN TUTUP 83 JUTA AKAUN PALSU SERTA MERTA??



SAN FRANCISO - Facebook percaya setakat ini lebih 83 juta akaun palsu telah diwujudkan melalui laman sosial terkenal itu.

Menurut kenyataan syarikat itu yang diterbitkan pada minggu ini, sebanyak 8.7 peratus daripada 955 juta profil akaun telah menyalahi peraturan yang ditetapkan Facebook.

Selain itu, terdapat pelbagai kesalahan lain dilakukan seperti profil kedua yang didaftar atas nama pengguna yang telah berdaftar sebelum ini dengan 4.8% kes dilaporkan.

Sebanyak 2.4 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan itu terdiri daripada akaun profil peribadi yang digunakan untuk tujuan perniagaan atau haiwan peliharaan manakala sebanyak 1.5 peratus daripada akaun itu dikategorikan sebagai tidak begitu aktif dalam menggunakan laman sosial itu.

Kajian ini dilakukan untuk menentukan keberkesanan strategi pemasaran sesebuah produk dan perkhidmatan sesebuah perniagaan yang menggunakan platform laman itu sebagai langkah promosi jualan mereka.

Facebook turut menjelaskan akaun ‘duplicate’ ialah akaun yang digunakan seseorang itu selain daripada akuan utamanya.


Manakala akaun yang diklasifikasi sebagai misclassified ialah pengguna yang menghasilkan akaun untuk kepentingan perniagaan, persatuan atau untuk binatang peliharaan mereka.

Facebook menambah, akaun yang dibuat menggunakan nama palsu selalunya digunakan untuk tujuan ‘spamming’, sekali gus telah melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat gergasi yang berpangkalan di Palo Alto, California itu.

Pihak Facebok turut menjelaskan aktiviti tidak bermoral itu secara tidak langsung telah menjejaskan perniagaan mereka yang lebih tertumpu kepada aspek pengiklanan.

“Setakat ini kami tidak ada bukti untuk permasalahan itu,” kata jurucakapnya baru-baru ini.

Seramai 80 juta pengguna globalnya mungkin akan terus menggunakan dan membuka akaun untuk kepentingan mereka seperti menggodam laman profil individu atau sesebuah perniagaan itu.

Menerusi kajian juga, kegiatan ini lebih tertumpu di negara seperti Indonesia dan Turki yang menunjukkan peningkatan tinggi dari segi jumlah penggunanya.

Pihak pengiklan yang menggunakan khidmat pengiklanan di Facebook mengesa mereka untuk membuktikan bahawa setiap pautan ‘Like’ yang diterima adalah betul, selaras untuk perkembangan perniagaan klien itu sendiri.

“Kami menjana keuntungan hasil daripada pengiklanan dan kehilangan pengiklan ini sedikit demi sedikit akan menjejaskan perniagaan kami,” kata jurucakapnya lagi.SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive