Monday, 30 July 2012

PANASS !! POLITIK BUKAN AGAMA !!! ABY ABADI TAK SEDAR LAGI KE??



Semakin dekat dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), semakin rancak isu-isu yang bersangkut-paut dengan politik dibahaskan.

Bukan sahaja dibahaskan di ‘dunia’ politik sahaja, bahkan, dunia industri juga semakin kecoh dengan politik.

Seperti ramai yang tahu, semakin ramai artis sekarang ini bergiat aktif menyertai parti-parti politik yang ada.

Terbaru, kecoh dan panas dengan kisah pelakon wanita, Abby Abadi yang lantang bersuara semenjak menyertai parti Pas dan selepas dia berhijrah bertudung.

Bagi pelakon wanita yang juga sekarang ini sudah pun bertudung, Diana Amir lebih selesa mengulas isu panas artis dalam dunia politik dengan komen yang ‘ringan’ sahaja.



Kata Diana, politik itu bukanlah agama.

Diana menegaskan, dia sentiasa menyokong pemimpin yang membawa hukum Islam yang benar tidak kiralah dari parti mana.

“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

“Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana yang dipetik dari Buahmulut.com.

Seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.

Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.

“Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

“Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti. Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana.

SUMBER

1 comment:

kuchinghutan said...

Diana Amir......anda perlu mengaji bab politik dan agama sebelum memperkatakannya....Politik ada dalam Islam [agama].... tetapi parti politik ataupun pertubuhan politik tak ada dalam Islam..ini ciptaan orientalis Barat dari fahaman kristian dan zionis...jadi anda perlu bezakan yang mana politik [siasah] dan yang mana parti politik [hanya satu pertubuhan yng perlu didaftarkan]...manakala politik ada secara semula jadi dalam Islam tak perlu ditubuih dan didaftarkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive