Akhirnya dasar dasar utama kerjasama antara Pas dan Dap terbongkar juga..Kepada puak puak lebai yang masih berperut hijau menyokong Pas, Guan Eng dah buktikan perjanjian antara Pas dan Dap tak ada sepatah pun sebut nak laksanakan pemerintahan cara Islam..
Dap hanya mahu bekerjasama dengan Pas untuk membina negera dengan bangsa sahaja..So dia punya bangsa dapat sama rata dengan bangsa yang puak pas ada sekarang..kesamarataan..Faham ?? Habis Tanah tanah rizab melayu akan tergadai, hak hak keistimewaan bumiputera hilang ..
Dap guna Pas untuk memerangi rasuah sahaja..Tapi bila rasuah melibatkan mereka tak cukup ayat nak spin ini semua konspirasi UMNO/BN bagi Pas dan Dap mereka lah manusia yang paling telus dimuka bumi ini.. hanya puak puak lebai perut hijau pas saja yang sanggup menjilat parti bangsat ini dari membela nasib Melayu..
Dengan pengakuan Lim Guan Eng sudah terbukti sehingga ke hari ini, PAS hanya bermain politik wayang dengan menyatakan Pakatan Rakyat sedia melaksanakan hukum Hudud sekiranya Pakatan berjaya memerintah Malaysia.
Sejak hukum Hudud ini dipanaskan kembali oleh Pas, Dap orang pertama akan bersuara dalam tempoh kurang 24jam untuk menasihakan pas supaya jangan bercakap lebih soal hudud kerana isu hudud ini sudah tiada dalam dasar Pakatan Rakyat..
SHAH ALAM – DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan Pas bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.
“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya sebentar tadi.
Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan Pas telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.
1 comment:
SAHABAT2..MARI TGK VIDEO DI YOUTUBE..... 'NEW ORDER - TANGAN ASING HANCURKAN MALAYSIA'
Post a Comment