Tuesday 10 July 2012

[VIDEO] CULIK KANAK KANAK DALAM MASA 40 SAAT



Tertidur ketika dalam perjalanan sementara menunggu keretapi, kapal terbang atau seseorang adalah satu rutin biasa.

Bagaimanapun, video menggemparkan si stesyen keretapi Mumbai, India ini membuatkan kita harus berwaspada terhadap keselamatan kanak-kanak atau barang-barang di bawah jagaan tidak kira kita dalam keadaan penat atau mengantuk manapun.


Rakaman CCTV di atas menunjukkan bagaimana penculik berkeliaran selama beberapa minit untuk mencari dan mengenalpasti mangsa. Penjenayah duduk di sisi mangsa selama 40 saat dan mengdukung kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun pergi bersamanya tanpa sesiapapun menyedari. Ibu-bapa dan kanak-kanak tersebut sedang tidur di stesyen berkenaan, berkemungkinan kanak-kanak tersebut merasakan ibunya yang sedang mendukung. Kejadian ini berlaku pada lewat malam 10 Jun 2012. Selepas laporan polis dibuat, polis menjejak sehingga ke Haridwar, Uttarakhand dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan tersebut pada 7 Julai 2012. Penculik tersebut juga berjaya ditangkap dan mengakui tujuannya menculik untuk memaksa kanak-kanak menjadi pengemis. -RR/PjO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive