Monday 9 July 2012

TUDIAA !! PANDAI PULAK OSTAD JIJAN NI BERGURAU YER @tankengliang


Eh eh, pandai jugak azizan ni melawak ye hal hal kepentingan rakyat ?? Tindakkan dibawah OSA bukan pekara main main..Sepatutnya Ostad Jijan perlu menjelaskan apa yang diminta oleh Ketua Pemuda Gerakan bukannya terus mengambil tindakkan kepada beliau..

Sebagai rakyat Kedah kami perlu tahu apa status sebenar syarat baru draf dasar perumahan negeri berhubung kouta rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah..Ini bukan masanya hendak bergurau atau berseloroh dengan wartawan..

Apa yang perlu dijawab, jawablah dengan fakta yang tepat bukannya mengambil tindakkan kepada seseorang yang mendedahkan maklumat itu..



ALOR SETAR - Gurauan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) secara spontan ketika diajukan pertanyaan mengenai pendedahan draf dasar perumahan baru Kedah, dianggap serius oleh media dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Azizan secara berseloroh menyebut tindakan mendedahkan maklumat rasmi Kerajaan Negeri sebelum diumumkan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan bawah OSA pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Rabu minggu lalu.

Sebelum menjawab pertanyaan media berhubung dasar perumahan baru yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, Azizan sekadar berkata, “rujuk draf itu, salah tu bawah OSA,” katanya dalam nada gurauan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin BN membidas kenyataan Azizan itu kerana mendakwanya akan mengambil tindakan di bawah OSA terhadap Keng Liang berikutan pendedahannya mengenai dasar baru perumahan negeri.

Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, jika hasrat menggunakan OSA diteruskan, Pemuda BN akan mempertahankan perjuangan Keng Liang kerana ia dibuat untuk kepentingan rakyat Kedah.

Keng Liang sebelum ini mendedahkan mengenai syarat baru draf dasar perumahan negeri berhubung kouta rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah, dinaikkan kepada 60 peratus, serta sekatan terhadap pemilikan rumah oleh 'orang luar' di daerah Kuala Muda dan Kulim.

Pada sidang media sama, Keng Liang mengakui hanya mengetahui mengenai tindakan OSA itu menerusi laporan akhbar.

Azizan ketika diminta mengulas perkara itu enggan ‘melayan’ tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya berkata, “mungkin beliau bimbang saya buat betul-betul."..SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive