Friday 13 July 2012

BONGKARR [PART 5] !!! PUSAT HIBURAN TERMASUK DALAM MANIFESTO PAS KEDAH ???



Kalau kita tengok manifesto Pas Kedah pada PRU yang lalu Pas berjanji untuk mengawal semua punca yang boleh menyumbangkan kepada gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, melepak, pergaulan bebas dan hiburan yang melampau..


Adakah Pas berjaya mengawal semua yang dijanjikan pada manifestu PRU yang lalu  atau Pas berjaya menambah pusat pusat hiburan di Kedah ?? Bagi MTK dengan kewujudan pusat pusat sebegini  Pas berjaya merosakkan akhlak anak anak muda ..



Memang benar kata pemimpin pemimpin Pas lesen pusat hiburan ini diberikan untuk tempat berhibur bagi orang bukan melayu TETAPI Pas boleh pasti kah orang melayu tak masuk ?? Malah ada anak berbangsa melayu bekerja dalam pusat hiburan di Alor Star..Pas tak malu kah ??

Kini pusat hiburan di Kedah menjadi satu kebiasaan untuk remaja remaja melepak..Contoh gambar dibawah ini kelihatan beberapa anak muda bangsa melayu datang ke pusat hiburan

anak melayu depan pusat hiburan

tunggu masa nak masuk dalam

depan pintu masuk




Pekara begini sepatutnya boleh dielak jika Pas betul betul menunaikan apa yang janjikan pada manifesto PRU yang lalu..Sekarang ini Pas mentadbir Kedah, pas boleh melakukan apa saja kalau rasa apa yang kerajaan BN sebelum ini buat tak betul..Tak perlu berdolak dalih menyalahkan pihak lain sedangkan kelulusan premis hiburan di Kedah dibawah kuasa kerajaan negeri..

Tapi nampaknya Pas sekarang dah lari dari perjuangan sebenar..Pas dah mula terikut ikut kehendak DAP sehingga memenuhi segala permintaan mereka..Contohnya apa yang terjadi pada tahun lalu di bulan ramadhan MB terpaksa menarik balik larangan penutupan pusat hiburan  kerana di desak oleh DAP..


Ramadhan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburan

Kerajaan PAS Kedah telah menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, lapor AFP.

Kerajaan negeri itu membuat keputusan tersebut Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan, serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Agensi berita itu memetik seorang pegawai negeri sebagai berkata kontroversi tersebut selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan pada hari Sabtu dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP
Adakah disebabkan kemaruk undi bukan Melayu, Pas terpaksa memberikan apa saja yang mereka minta ?MTK difahamkan kebanyakkan ahli pas sendiri makin bosan dengan sikap pemimpin mereka yang terlalu banyak mengikut kehendak kaum lain..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive