Sunday 8 July 2012

TUDIAA !! OSTAD JIJAN GUNA OSA TAKUT PENIPUAN TERBONGKARR



Nampaknya Ostad Jijan dah mula goyang dengan pendedahan oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang tentang dasar perumahan bari negeri menaikkan kuota rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah kepada 60 peratus..Baca laporan dibawah..

ALOR SETAR - Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilaporkan mahu mengambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berikutan pendedahan mengenai dasar baru perumahan negeri, dibidas pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) Kedah.

Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, Azizan selaku pemimpin di negeri ini sewajarnya lebih peka dan melihat pendedahan ini sebagai satu cabaran kepadanya untuk menunaikan tanggungjawab bagi kepentingan rakyat di negeri ini.

Menurutnya, isu keperluan pemilikan rumah di Kedah agak kritikal, malah beliau difahamkan bahawa sejak 2008, polisi yang dijalankan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini hanya mengakibatkan kenaikan mendadak harga rumah dan membebankan rakyat.

“Ini realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat, golongan muda dan golongan berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah, khususnya di kawasan bandar, yang mana Kerajaan Negeri jelas gagal membina rumah kos rendah.


“Beberapa projek yang majlis pecah tanah dilakukan beliau (Azizan) sendiri, sehingga kini belum dilaksanakan. Beliau gagal tunai tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu di Kedah, patutnya terima teguran membina, bukan balas dengan (kenyataan berbaur) ugutan,” katanya pada sidang media di pejabat MCA Kedah, hari ini.

Hadir sama, Ketua Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai; Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun, Dr Leong Yong Kong dan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Tan Hing Teik.

Sementara itu, Badrol Hisham berkata, Azizan dilihat lebih gemar mengalihkan sesuatu isu yang dibangkitkan tanpa menjawab dengan jelas mengenai perkara yang dibangkitkan.

“Kita tidak mahu dia (Azizan) lari daripada isu yang dibangkitkan, rakyat tidak mendapat penjelasan sewajarnya malah terpaksa menanggung beban. Ini baru isu perumahan, banyak lagi isu lain, jadi saya minta jangan lari sebaliknya jelaskan mengenai isu ini.

“Namun sekiranya hasrat menggunakan OSA terhadap Keng Liang diteruskan, Pemuda BN juga akan mempertahankan perjuangan Keng Liang kerana bagi saya pendedahan yang dibuat Keng Liang adalah untuk kepentingan rakyat, bukan diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Keng Liang dalam satu kenyataan media mendedahkan mengenai syarat baru dalam draf dasar perumahan negeri yang mana antara lain didakwa menaikkan kuota rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah kepada 60 peratus.

Difahamkan, sekatan turut dibuat terhadap pemilikan rumah oleh ‘orang luar’ di daerah Kuala Muda dan Kulim, dalam draf baru dasar perumahan negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Keng Liang berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Negeri berhubung kenyataan Azizan baru-baru ini.

“Saya mengetahui mengenai OSA yang mahu dibuat terhadap saya hanya menerusi laporan akhbar.

“Pada saya Azizan berhak membuat apa juga ugutan terhadap saya tetapi satu janji saya iaitu perjuangan untuk kepentingan rakyat di negeri ini akan tetap diteruskan, kerana ini bukan perjuangan peribadi,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive