Negeri Kedah sekarang ini memerlukan banyak pelaburan dari luar supaya banyak peluang pekerjaan untuk rakyat kedah, selain dapat menjana ekonomi negeri kedah yang sekarang ini makin teruk dalam pemerintahan Kerajaan Pas..
Sekarang ini Kerajaan Pas Kedah hanya mengharapkan pendapatan dari hasil bumi sebagai sumber utama kewangan negeri..Banyak gunung gunung digondolkan untuk mendapatkan balak walaupun tanpa mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar..
Pelaburan pelaburan yang dibanggakan oleh Pas semuanya hanya penipuan sahaja..Projek Sulihh langsung tidak memberi apa apa manfaat kepada kerajaan Negeri..Kulim Hitech pula diambang kemusnahan akibat campur tangan kroni kroni dalam pas untuk menguruskan bandar teknologi tinggi itu..
Jadi MTK setuju jika Datuk Mukriz dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah jika UMNO/BN kembali memenangi pilihan raya umum akan datang..MTK juga yakin dengan kebolehan beliau mentadbir Negeri Kedah kerana rekod bersih pretasi beliau sekarang ini sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sangat membanggakan..
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyokong jika anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.
Dalam wawancaranya dengan sebuah stesen TV internet, Mahathir berkata, beliau juga akan menolong anaknya itu.
Mahathir juga berkata, dia tahu anaknya itu berminat dalam politik dan akan menolong beliau.
"Tetapi untuk jawatan apa, terserahlah kepada parti membuat keputusan. Jika dia dicalonkan untuk jadi MB, saya akan sokong," kata Mahathir.
Desas-desus bertiup kencang di Kedah kononnya Mukhriz, anak ketiga Mahathir itu akan bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya umum akan datang ini.
"Katanya dia akan bertanding di DUN Kota Seputeh," kata seorang anggota Parlimen Pas.
Adun Kota Seputeh sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif (Umno - BN) sebelum ini didapati tidak layak menjadi Adun kerana gagal menghadiri sidang yang diadakan..UTARANEWS
1 comment:
Setuju sangat kalau mukhriz jadi mb kedah, untuk teruskan legacy Tun. Tentu banyak yang akan beliau buat untuk rakyat kedah. Semoga Allah makhbulkan... Aminn
Post a Comment