Friday 29 June 2012

TUDIAA !!! SUKA HATI MAK BAPAK DIA JA NAK BERHENTIKAN ORANG !!



Seorang pemandu kenderaan di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini yang diberhentikan kerja menuntut agar pengurusan kolej itu mengambil semula dia bekerja kerana mendakwa pemberhentiannya dilakukan tanpa prosedur sah.

Yusuf Ismail, 58, berkata, dia kesal dengan tindakan pihak Kuin yang gagal menjaga kebajikan kakitangan dan bertindak di luar batasan undang-undang berhubung perkara itu.

Katanya, dia mula berkhidmat sebagai pemandu kenderaan di Kuin sejak 19 November 1995 dan dijadual bersara pada 3 Mei 2012 apabila mencapai umur persaraan 58 tahun.

"Pada 12 Mac lalu pihak Kuin membuat tawaran sama ada saya kekal bersara pada umur 58 tahun atau bersara pada umur 60 tahun dan saya memilih bersara 60 tahun iaitu pada 2014.



"Namun, saya amat terkejut apabila mendapat surat daripada Kuin yang bertarikh 3 Mei lalu yang memaklumkan tempoh perkhidmatan saya dilanjutkan selama satu bulan iaitu sehingga 2 Jun.

"Saya tidak pernah meminta untuk dilanjutkan perkhidmatan kerana saya masih kakitangan Kuin sehingga 3 Mei 2014," katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Perusahaan Kedah/Perlis, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit, di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai ketua keluarga beliau perlu menanggung ibu, isteri serta lima anak yang masih bersekolah dan dia hanya bergantung dengan pendapatan sebagai pemandu Kuin RM1,400 sebulan.

"Sepanjang berkhidmat sebagai pemandu, saya tidak pernah menghadapi apa-apa tindakan disiplin, sebaliknya saya pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kuin," jelasnya.

"Saya yakin penamatan perkhidmatan saya oleh Kuin adalah tidak sah dan meminta mereka mengekalkan jawatan saya," ujarnya

UTUSAN

MTK
Senang gila lah puak puak pas dalam KUIN ni,yang mana rasa tak suka tamatkan kontrak sesuka hati..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive