Thursday, 28 June 2012

MALAYSIA KE 12 SELAMAT DI DUNIA, KELANTAN PALING TAK SELAMAT DI MALAYSIA



Agak menggelikan hati apabila membaca kenyataan AJK PAS Pusat, Anuar Tahir, yang mengulas mengenai tahap keselamatan Malaysia yang diiktiraf dunia sebagai negara ke-12 paling selamat dalam dunia yang mengatasi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Katanya, saban hari media-media di negara ini melaporkan kejadian-kejadian jenayah melibatkan kes pembunuhan, rompakan, samun, dan rogol disiarkan, serta suasana inilah yang terus mengantui rakyat negara ini justeru merasakan mereka “tidak selamat”.

Menurutnya, soal keselamatan bergantung kepada banyak faktor sosial termasuklah tiada peluang pekerjaan, gaji tidak mencukupi, ekonomi yang teruk, harga barang meningkat dan kerohanian yang tidak diperkukuhkan.

Justeru itu, dia menegaskan bahawa hanya rakyat Malaysia sahaja yang berhak menyatakan sama ada negara ini selamat atau tidak.



Sebenarnya saya tertanya-tanya, siapakah Anuar Tahir ini? Tiba-tiba saja dia muncul bersuara. Kalau apa yang disuarakan itu bagus dan bernas, tak mengapalah. Tapi suaranya itu hanya “sampah bernajis”! Cuba tonjolkan diri nak jadi calon PRU, kah?

Pertamanya, Malaysia pada saya tidak pernah meminta agar diberi pengiktirafan sebagai sebuah negara ke-12 paling selamat dalam dunia. Pengiktirafan itu diberi hasil kajian di seluruh dunia dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia.

Kalau sudah diiktiraf begitu, terima sajalah. Mujurlah Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-12 paling selamat. Kalau negara ini diiktiraf sebagai negara ke-250 paling selamat, rasanya PAS jugalah yang akan menyalak menyalah dan memburukkan kerajaan BN.

Maklumlah, itukan perangai PAS. Sama ada prestasi negara baik atau tidak, PAS tetap mahu menyalak walaupun tak kena tempat!

Memang benar rakyat patut menilai sendiri sama ada negara ini selamat atau tidak. Tapi untuk membandingkan tahap keselamatan Malaysia dengan negara-negara di seluruh dunia yang lain, rakyat Malaysia perlu menjelajah dari sebuah negara ke negara untuk buat perbandingan.

Apakah Anuar Tahir fikir negara-negara di dunia ini hanya ada sepuluh buah negara sahaja? Laratkah seluruh rakyat nak “tawaf” satu dunia untuk mengkaji tahap keselamatan sesebuah negara untuk diperbandingkan dengan Malaysia?

Di mana Anuar Tahir letak otak dan akalnya? Di kepala lutut?

Kemudian, Anuar seolah-olah menyindir Kelantan mengenai soal keselamatan yang dikatakan bergantung kepada tiada peluang pekerjaan, gaji tidak mencukupi, ekonomi yang teruk, harga barang meningkat dan kerohanian yang tidak diperkukuhkan.

Mentang-mentanglah Kelantan sangat kurang peluang pekerjaan. Sudahlah tiada peluang kerja, kalau ada kerja pun, gajinya “ciput” sangat sehingga memaksa ramai anak-anak Kelantan keluar dari negeri itu untuk mencari rezeki di negeri lain.

Kerana itulah juga maka pelabur-pelabur tidak tertarik untuk melabur di Kelantan dan menyebabkan ekonomi di negeri itu merudum teruk. Husam bela kambing pun rugi…

Kerajaan Pusat berusaha dan bertungkus lumus memperkenalkan kedai 1Malaysia (KR1M) yang menawarkan harga yang sangat murah dan berpatutan.

Tapi pemimpin PAS juga yang memperlekehkan KR1M. Yang tak malunya ialah penyokong PAS yang serbu KR1M tiap-tiap hari! Di Kelantan ada kedai KR1M? Kalau ada, memang Kerajaan PAS Kelantan tak malulah kerana menjilat ludah sendiri…

Bercakap mengenai “kerohanian”, saya fikir Kelantanlah yang paling hebat “kerohanian”nya. Kelantan paling banyak poster, banner, kain rentang, kempen dan papan-papan tanda “gigantic” yang memperkatakan tentan pengisian rohani atau spritual (terpampang gambar Nik Aziz!)

Tapi, itu hanya di papan tanda sahaja. Kelantan juara pengidap AIDS! Kelantan banyak kes sumbang mahram, pelacuran hanya sekita 500 meter dari pejabat MB, Sungai Golok jadi saksi amalan “ke seberang” mencari “syurga dunia”.

Jadi, jika diamati kata-kata Anuar Tahir itu, jelaslah Kelantan adalah negeri paling tidak selamat di dalam Malaysia, kan? Malaysia memang terbaik di seluruh dunia, tapi Kelantan paling tidak selamat dalam Malaysa, Anuar Tahir setuju?

MYKMU

1 comment:

Anonymous said...

Katak bawah tempurung-menyanyi ngek ngot nget ngot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive