Sunday, 24 June 2012

PANASS !!! FAEKAH GUNA KHALID SAPU HAK RAKYAT UNTUK KRONI ?!!



MACAM manalah blog Pakatan Haram nak dapat sambutan, asyik guna pendekatan yang sama setiap masa. Dalam isu surat Faekah ini pun begitu jugalah. Mula-mula kata surat palsu, bila Faekah sendiri pun mengaku, dia kata biasalah, UMNO pun buat!!

Tak berubah-berubah walaupun bayar mahal.

Kalau macam itulah standardnya menjawab, baik suruh budak sekolah saja jaga blog Pakatan haram, ini salah seorang tu ada jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, ada drebar apa segala. Bini pun dua, nak tambah satu lagi, tunggu habis edah dululah kot.

Sekarang ini penulis lihat, mereka cuba mengalihkan tumpuan isu ini kepada surat, tatacara mengeluarkan surat dan yang berkaitan. Malah Khalid Gagap sebentar tadi dalam Buletin Utama pun bercakap soal surat, dipanjangkan atau tidaknya.

Eh, itu ke isunya, surat? Ini bukan soal surat, ini soal amalan kronisme dalam pentadbiran yang sering dituduh kepada kerajaan BN.

Ada bagus juga Pakatan haram ini menang beberapa negeri tahun 2008, dapat juga rakyat melihat bagus mana, hebat mana mereka ini seperti yang sering diwar-warkan. Setakat yang kita nampak sepanjang 4 tahun ini, tidaklah hebat mana pun, malah kalau boleh dikatakan, tidak hebat langsung. Apa yang dia selalu tuduh kepada UMNO (kronisme) dia juga sendiri lakukan.



Kes Faekah bukan yang pertama, belum beberapa bulan sudah, Malaysia Today mendedahkan tindakan 2 ADUN PKR mengeluarkan surat sokongan kontrak pasir yang mereka sendiri ada kepentingan.

Dalam kes kematian TBH, DAP terperangkap kerana mengeluarkan modal dan mendapatkan keuntungan untuk projek kelas F yang dikeluarkan untuk kontraktor bumiputera dari kalangan kroni-kroni Pakatan haram juga.

Semua ini berlaku di Selangor yang merupakan bayangan sebenar kepada bentuk kerajaan Pakatan haram di peringkat persekutuan – kalau mereka berjaya menawan Putrajaya. Soal di dakwa atau tidak itu bukan persoalannya, banyak perkara sama mengenai kronisme yang dituduh kepada BN inipun tidak ada yang didakwa di Mahkamah dan kalau ada didakwa pun didapati tak bersalah.

Kalau boleh diselitkan juga disini, surat Faekah itu bukan surat mohon timbang tapi arahan supaya firma guaman tersebut dilantik GLC negeri yang berkenaan.



Sekarang terbuktilah amalan kronisme bersepah-sepah dilakukan dalam kerajaan Pakatan haram, cuma yang berbeza siapa yang pandai simpan dengan tidak saja. Dalam kes Faekah ini penulis yakin yang mendedahkan surat itu ialah penyokong Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri yang mahu lihat Faekah jatuh.

Penulis melihat semakin hari semakin jelas Allah swt menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana Pakatan haram ini sebenarnya tidak berbeza dengan apa yang dia sering tuduh kepada kerajaan BN. Cuma yang berbeza, “mereka terperangkap dengan seluar terbuka”, sedangkan BN baru tuduhan saja, terbuktinya jarang sekali.

sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive