Dato latt Ketua Bahagian K.Kedah gembira dengan sambutan anak muda dalam program ni |
anak anak kola kedah dapat masuk seramai 39 orang bergambar bersama tok latt |
Lebih 5,000 tempat disediakan khusus untuk pelajar miskin mendapat peluang kedua melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) setelah permohonan kali pertama gagal.
Naib Canselornya, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata, sehingga kini mereka sudah mengenal pasti lebih 3,000 pelajar miskin untuk diterima masuk ke program khas UiTM.
Menurutnya, sepanjang mengadakan siri Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia di tujuh negeri, mereka bertemu lebih 25,000 calon yang memohon menyertai program berkenaan.
“Kita masih mencari kira-kira 2,000 pelajar miskin ingin melanjutkan pelajaran dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak begitu memuaskan tetapi berhasrat mengikut program Pra-Sains dan Pra-Perdagangan melalui program itu.
“Sekiranya ada keperluan selepas kuota 5,000 pelajar itu dipenuhi, kita sedia buka lebih banyak tempat supaya mereka mempunyai peluang kedua memperbaiki keputusan dan menyambung pelajaran di peringkat diploma,” katanya kepada media di siri jelajah itu bagi peringkat Kedah, di Pusat Khidmat Masyarakat, Dun Bakar Bata, di sini, semalam.
Sahol berkata, siri jelajah itu akan diteruskan beberapa tempat di Kedah termasuk Kuala Kedah, ke Perlis pada 21 Mei di Kelantan, 22 Mei di Terengganu, 23 Mei di Pahang, 24 Mei di Melaka dan 26 Mei di Sabah.
“Pelajar yang mengikuti program pra akan diberi peluang selama empat bulan untuk mengukuhkan kembali subjek tertentu melalui sesi pembelajaran biasa sebelum diterima masuk ke peringkat seterusnya.
“Kebanyakan pelajar berkenaan ditempatkan di UiTM berdekatan negeri masing-masing, sebagai contoh bagi anak Kedah di UiTM Merbok, Sungai Petani,” katanya.
Beliau berkata, melalui siri jelajah itu mereka dapat bertemu sendiri dengan pelajar yang berminat, tetapi tidak mampu dari segi kewangan. Mereka akan diterima masuk secara langsung, jika dikenal pasti memenuhi syarat ditetapkan.
“Jika diikutkan, persaingan untuk memasuki UiTM sendiri amat sengit, daripada jumlah keseluruhan 280,000 yang memohon, kita hanya menerima 20,000 pelajar sahaja berdasarkan tawaran tempat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pelajar miskin terutamanya pelajar Melayu perlu mengambil peluang itu sebaik mungkin.SINAR
Tahniah juga kepada pelajar-pelajar Kedah yang kurang berkemampuan dan berjaya di dalam rayuan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Tanpa slogan retorik seperti "Negara Berkebajikan" BN dan UMNO terus mara untuk membantu anak bangsa terutama dari golongan yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. Tahniah UMB, tahniah UiTM, tahniah Dato Sahol. UiTM Selamanya Di Hatiku!.boleh baca kat sini
No comments:
Post a Comment