Wednesday, 23 May 2012

RAJA NONG CHIK KANTOI LAGI GUNA PENGARUH UMNO UNTUK DAPAT KONTRAK ??


Sekarang ni kan pihak pembangkang tengah kecoh kononnya Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, bagi kontrak pada syarikat anaknya sendiri, Istijuara Sdn Bhd.

Walaupun kontrak itu dari Kementerian Belia dan Sukan dan diberi semasa Dato’ Raja Nong Chik belum menjadi Menteri, ada orang tanya, mungkinkah Dato’ Raja Nong Chik menggunakan pengaruhnya dalam UMNO untuk mempengaruhi KBS memberi kontrak tersebut kepada syarikat anaknya?



Kontrak tersebut diberi oleh KBS kepada Istijuara pada tahun 2006. Pada masa itu, ada sesiapa tak yang kenal Dato’ Raja Nong Chik? Aku rasa ramai yang tak kenal. Hatta, orang dalam UMNO sendiri pun ramai yang tak kenal siapa Dato’ Raja Nong Chik.

Mengapa? Sebab Dato’ Raja Nong Chik tak pegang jawatan-jawatan besar dalam UMNO pada masa itu. Pada tahun 2006, Dato’ Raja Nong Chik cuma jadi Ketua Cawangan.

Kawan-kawan tahu tak ada berapa Cawangan UMNO di seluruh negara?

Ada lebih 20,000 Cawangan! Maksudnya, Dato’ Raja Nong Chik cuma salah seorang dari lebih 20,000 Ketua Cawangan UMNO di seluruh negara.

Kalau setakat Ketua Cawangan UMNO, hantar surat sokongan minta kerja kosong pun aku yakin KBS tak layan, inikan pula nak mohon kontrak Kerajaan!

Tapi itu sebenarnya bukan fakta utama isu ini.

APA FAKTA UTAMANYA?BACA SETERUSNYA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive